Selamat Datang ke Laman Blog Suara Alam
Teknologi Untuk Alam Sekitar: Analisis Perbandingan Kandungan Akhbar myMetro dengan Berita Harian Berhubung Isu Tanah Runtuh di Hulu Langat.

Tuesday, 20 November 2012

Analisis Perbandingan Kandungan Akhbar myMetro dengan Berita Harian Berhubung Isu Tanah Runtuh di Hulu Langat.


Apa itu Tanah Runtuh?

          Tanah runtuh merupakan salah satu fenomena geobencana yang sering berlaku sama ada secara semula jadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan kegelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ia berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti. Sekiranya berlaku pergerakan secara kecil dan perlahan, ia mungkin kurang membahayakan alam namun jika berlaku secara pantas dan lebih besar, ia akan memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan.


Konsep asas tanah runtuh.
  1. Pergerakan adalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah iaitu mengikuti cerun akibat tindak balas terhadap daya tarikan graviti.
  2. Pergerakannya boleh disertai dengan agen pembawa seperti aliran air ataupun tidak.
  3. Sering dikaitkan dengan aktiviti manusia seperti penarahan kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti pembangunan lain.
  4. Boleh mengakibatkan kemusnahan infrastruktur, pengangkutan, merosakkan penempatan manusia serta meragut nyawa manusia. 





Tanah runtuh: Isu Rumah Anak Yatim Hulu Langat.

          Kes yang terjadi ini adalah pada 22 Mei 2011 yang lalu di sebuah rumah anak yatim di Hulu Langat. Kejadian ini berlaku kira-kira 2.30 petang  dan  seramai dua puluh lima orang yang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim tertimbus dalam runtuhan tanah. Terdapat enam belas orang terkorban dalam tragedi tersebut manakala sembilan lagi turut terperangkap dalam runtuhan tanah. Mari kita lihat perbezaan pelaporan isi kandungan akhbar mainstream dengan akhbar alternatif.

Akhbar mainstream ( Berita Harian )


  1. Secara keseluruhan pelaporan adalah mengenai detik-detik cemas kejadian tanah runtuh ini berlaku.
  2. Pembaca akan mengetahui situasi sebenar yang berlaku melalui saksi-saksi kejadian. Ketika itu, Abdur Rahman sedang bersiar di kawasan itu menunggang motosikal. “Dua penghuni menangis sambil berlari meminta tolong. Ketika sampai ke tempat mereka, saya nampak enam penghuni tertimbus merintih dan meraung sakit. Hanya bahagian wajah mereka yang kelihatan manakala badan tertindih batu, kayu dan tanah runtuh.”
  3. Siapakah antara individu dan mangsa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Menurut laporan, ada antara mereka menyedari pergerakan tanah kecil di tebing bukit berhampiran bangunan dan tidak menyangka akan berlaku runtuhan besar, sekali gus meranapkan dewan serba guna dan merosakkan sebuah surau. ketika kejadian, pelajar Kebangsaan Tun Hussein Onn 2 yang mengikuti program motivasi hujung minggu di madrasah berkenaan berada berdekatan dewan sempat menyaksikan bangunan bergegar sebelum runtuh menimpanya.


Usaha menyelamat penghuni Rumah Anak Yatim di Hulu Langat
oleh anggota Bomba dan Penyelamat.

Akhbar alternatif ( myMetro)

  1. Lebih terperinci mengenai angka individu dan mangsa yang terlibat. Seramai dua puluh lima orang yang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim tertimbus dalam runtuhan tanah. Terdapat enam belas orang terkorban dalam tragedi tersebut manakala sembilan lagi turut terperangkap dalam runtuhan tanah.
  2. Terdapat juga pelaporan mengenai tindakan susulan setelah kejadian tanah runtuh rumah anak yatim itu berlaku.Terdapat juga ulasan pelaporan daripada Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, yang mengulas bahawa, "rumah anak yatim ini akan dirobohkan sekiranya penilaian mendapati ia tidak selamat diduduki serta akhbar ini juga turut menyatakan sebab mengapa kejadian tanah runtuh ini terjadi iaitu kerana tapak asal rumah anak-anak yatim ini adalah tapak pertanian dan bendang."
  3.  Lebih mendalam mengenai faktor dan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan yang akan membolehkan pembaca menilai kesan daripada kejadian ini, "Sama ada rumah ini selamat atau tidak, kita akan serahkan pada JKR untuk buat siasatan lanjut dan teknikal dan jika didapati tidak selamat, majlis (Majlis Perbandaran Kajang) akan ambil tindakan untuk diruntuhkan rumah ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.



Gambar runtuhan di Rumah Anak Yatim Hulu Langat.

Penilaian kita..
          Berdasarkan kedua-dua akhbar ini, pembaca boleh mendapat dua pelaporan yang berbeza namun jika dibaca kedua-duanya maka pembaca akan mendapat maklumat tanah runtuh ini secara menyeluruh malahan akbar kerap melaporkan berita daripada pelbagai sudut dan perspektif kepada orang ramai.

          Kesimpulannya, melalui pelaporan media, masyarakat mendapat pelbagai output yang berinformasi dan mengetahui perkembangan semasa dengan pantas dan mudah serta mendapat pengajaran secara tidak langsung.

Sumber.




















·       



Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda

No comments:

Post a Comment