Selamat Datang ke Laman Blog Suara Alam
Teknologi Untuk Alam Sekitar: Pelaporan Akhbar Arus Perdana dan Akhbar Alternatif Berikutan Fenomena Banjir Kilat yang Berlaku di Pulau Pinang.

Thursday, 29 November 2012

Pelaporan Akhbar Arus Perdana dan Akhbar Alternatif Berikutan Fenomena Banjir Kilat yang Berlaku di Pulau Pinang.


Banjir Kilat Suatu Bencana.

Banjir kilat merupakan banjir yang berlaku serta merta akibat dari kelebatan hujan yang turun dan akan surut dalam masa yang singkat. Kebiasaannya, banjir kilat berlaku di bandar-bandar besar contohnya seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru dan lain-lain. Namun, ada juga kes yang dilaporkan turut berlaku di luar bandar. Contohnya seperti di Baling, Kedah.

Punca-punca Berlakunya Banjir Kilat

Antara punca yang menyumbang kepada berlakunya banjir kilat terutamanya di bandar-bandar ialah  aktiviti pembangunan yang pesat. Pembangunan yang dijalankan hanya semata-mata untuk tujuan perindustrian dan penempatan telah menyebabkan tarahan pokok berlaku. Apabila tarahan pokok berlaku, maka proses cegatan silara akan berkurangan. Hujan amat memerlukan proses cegatan silara  supaya air tidak jatuh secara terus menerus pada permukaan struktur tanah. Apabila ianya berlaku, maka strukur tanah tidak mampu untuk menampungnya dan berlakulah banjir kilat.

Punca yang kedua ialah penurapan pada tanah. Hal ini bermaksud, penurapan tar pada kawasan jalan raya dan sebagainya. Kemajuan sesebuah negara itu haruslah seiring dengan pembangunan yang dijalankan. Oleh itu, penurapan jalan raya dan pembinaan bangunan-bangunan telah menjadikan kawasan tanah berkurangan dan tidak telap air. Maka, lebihan air yang turun akan mengalir masuk ke sistem pengaliran yang ada. Sekiranya kawasan  tanah masih ada, hujan yang turun akan menyerap masuk ke dalam tanih dan larian air permukaan akan terbit.

Pelaporan Media Berhubung Isu Banjir Kilat

Pelaporan media berkenaan dengan isu banjir kilat amat meluas terutamanya bagi media mainstream berbanding media alternatif contohnya seperti akhbar, televisyen, dan radio saluran mainstream (Berita Harian, RTM). Mereka juga banyak memaparkan tentang usaha pihak kerajaan dalam membantu orang awam yang menjadi mangsa banjir kilat.

Apakah yang Boleh Dilakukan untuk Mengatasinya?

Masalah banjir kilat ini perlu diambil perhatian oleh Adun-adun kawasan kerana ianya melibatkan masalah kepada penduduk. Hal ini demikian kerana kesan banjir kilat ini mampu menyebabkan kerosakan barangan orang ramai. Hal ini disebabkan oleh banjir kilat biasanya mengandungi lumpur dan mampu merosakkan barangan penduduk. Mungkin wakil –wakil rakyat perlu mengambil tindakan. Contohnya, memperbaiki sistem pengairan dan perparitan. Ini supaya masalah pengairan air hujan tidak akan wujud.

Di samping itu, kawalan pembangunan sangat penting bagi memastikan alam sekitar tidak terus menerus musnah. Pembangunan secara sistematik dapat membantu untuk mengalirkan air hujan dan seterusnya diserap dengan baik. Usaha-usaha ini perlu dilaksanakan demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan bersama.



Seorang mangsa banjir kilat membersihkan rumahnya.


Kenderaan mengharungi banjir kilat.


Banjir kilat yang berlaku di Klang.

Sumber:





Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda

No comments:

Post a Comment