Selamat Datang ke Laman Blog Suara Alam
Teknologi Untuk Alam Sekitar: Kelestarian: Kempen kitar semula GAGAL?

Thursday 29 November 2012

Kelestarian: Kempen kitar semula GAGAL?


MASALAH SISA PEPEJAL

            Kepesatan dan kemajuan negara menuju kepada urbanisasi tanpa sedar telah memberikan kesan kepada kehidupan iaitu penghasilan sampah sarap domestik. Sampah sarap atau juga disebut sebagai sisa pepejal  merupakan suatu bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana tidak mempunyai nilai ekonomi. Contoh sisa pepejal seperti  sisa makanan, kertas kadbod,plastic, tekstil, kulit dan sebagainya.



Sisa pepejal terkawal juga terbahagi kepada beberapa kategori:

>Sisa pepejal Isi rumah
>Sisa pepejal Awam
>Sisa pepejal Import
>Sisa pepejal Khas
>Sisa pepejal Komersial
>Sisa pepejal Pembinaan
>Sisa pepejal Institusi
>Sisa pepejal perindustrian




Di zaman purba pengurusan sisa pepejal adalah menggunakan cara yang sesuai dengan lokasi. kebudayaan, kepercayaan dan juga kemajuan teknologi yang ada pada masa itu. Namun pada penghujung abad pertengahan sistem pengurusan sisa pepejal tidak lagi dilaksanakan dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Di Malaysia kadar peningkatan sisa pepejal meningkat setiap tahun.

Masalah sisa pepejal ini memberikan impak kepada alam sekitar, sosial dan juga kesihatan manusia. Tidak dinafikan pelbagai usaha telah diambil dalam usaha mengurangkan kos penyelenggaran sisa pepejal ini. Oleh itu, pada peringkat awal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah telah melancarkan “ Program Kitar Semula”.

Kempen telah dipilih untuk menjadi alat interaksi kepada masyarakat dalam emnyampaikan hasrat kerajaan ini. Kempen ini telah giat dipromosikan menggunakan teknologi komunikasi seperti pemaparan di televisyen, surat khabar, laman sosial jaringan internet dan tak kurang juga radio yang turut membuat kempen melalui 
"Public service annoucement"  di corong-corong radio.






Latar Belakang Program Kitar Semula

                Program kitar semula telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 1993 lagi. Namun bagaimana pun program ini gagal dan tidak berjaya mencapai matlamatnya. Namun pada 2 Disember 2000, program ini telah dilancarkan kembali oleh KPKT dan pelbagai pihak turut terlibat dalam menjayakan program ini. Antara pihak-pihak tersebut adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat swasta, institusi pengajian tinggi, sekolah dan sebagainya. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan.


KONSEP KTAR SEMULA: 3R (Reuse, Reduce, Recycle)

Proses kitar semula ialah suatu proses yang melibatkan usaha memproses, mengumpul dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.  Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R (REUSE, REDUSE,RECYCLE) perlu dilaksanakan dengan berkesan.  


Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.

1. Pengurangan: Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal 
    yang dihasilkan.
2. Penggunaan semula: Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang 
    mana masih boleh digunakan lagi.
3.  Kitar semula: Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
4. Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan 
   memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, “pengurangan” diikuti “penggunaan semula” dan 
   akhirnya “kitar semula”.

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang dibuang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
  1. Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
  2. Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
  3. Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
  4. Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.


BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI 3R?

1. Dari sudut PENGURANGAN atau REDUCE.
    Fikir Dulu Sebelum Buang


Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk tujuan lain. Jadi pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan.
Contohnya:
  1.  Beli barangan secara pukal bagi meminimumkan bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan.
  2. Beli bahan minuman seperti kopi, gula, krimer dalam kuantiti yang banyak dan bancuh dalam bekas yang boleh diguna semula.
  3. Guna napkin atau tuala meja yang boleh digunakan semula bagi menggantikan tuala pakai buang.
  4. Apabila berpindah rumah, jual barang yang tidak mahu digunakan lagi di pasar lambak.
  5. Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah halaman kertas apabila menggunakan mesin fotokopi.
  6. Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel elektronik.
  7. Mengoptimumkan pembungkusan barangan yang dibeli ke dalam beg plastik.


2. Dari sudut  PENGGUNAAN SEMULA atau REUSE.

Antara barang yang boleh digunakan semula :
  1. Tin kopi dan bekas keju sebagai bekas simpanan.
  2. Gunakan belakang kertas atau belakang sampul surat sebagai catatan nota.
  3. Simpan lebihan makanan di dalam bekas daripada menggunakan bungkusan kertas atau kertas aluminium.
  4. Gunakan pakaian lama sebagai kain buruk untuk membersihkan kotoran daripada menggunakan kertas tisu.
  5. Adakan jualan garaj atau mendermakan pakaian, buku atau anak patung yang tidak digunakan lagi.
Cara-cara untuk menggunakan semula:
  1.  Gunakan cawan kopi yang tahan lama.
  2. Gunakan kain lampin atau tuala.
  3. Isian semula botol.
  4. Menderma majalah lama atau peralatan lebihan.
  5. Guna semula kotak.
  6. Gunakan balang kosong untuk menyimpan makanan.
  7. Membeli pen dan pensel isian semula.


3. Dari sudut  KITAR SEMULA atau RECYCLE

Sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengitar semula, ianya akan menjadi lebih mudah dan senang. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitar semula.

Kitar semula mengikut jenis barang.

Banyak barang yang boleh dikitarkan semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitarkan semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya. Beli produk yang boleh dikitarkan semula jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitarkan semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca. Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut. Elakkan dari membeli barangan yang berbahaya Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitarkan semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.

Tong kitar semula dan pusat pengumpulan kenal pasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.



JENIS-JENIS TONG KITAR SEMULA

Terdapat 3 tong kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk membuang sisa yang boleh dikitarkan semula. Tong-tong ini diwarnakan biru, coklat, dan jingga bagi melambangkan kegunaan yang berbeza. Tong kitar semula terdapat di dalam saiz 80liter, 120 liter, 240 liter, 360 liter dan 660 liter.


PROGRAM-PROGRAM KITAR SEMULA

                Setiap tahun pelbagai aktiviti atau program dirancang dalam memastikan kempen kitar semula ini terus berjalan. Pelbagai kempen yang pelbagai telah dijalankan bagi mencapai misi dan matlamat kitar semula. Antara program kempen kitar semula yang mendapat perhatian misalnya seperti kempen “SAY NO TO PLASIC BAG” dan “KE ARAH BUMI HIJAU ATAU GO GREEN”.  Namun bagaimanapun terdapat pelbagai lagi program kitar semula yang dirancang oleh kerajaan mahupun swasta. 




APA SUDAH JADI DENGAN KEMPEN KITAR SEMULA?

                Selepas tahun 2005, boleh dikatakan tidak kedengaran lagi kempen berterusan dan adakah kita boleh diklasifikasikan ia sebagai sebuah kempen yang gagal? Kita boleh lihat pembinaan tempat pengumpulan bahan kitar semula berselerak di merata negeri dan apa yang menyedihkan tempat berkenaan kini terbiar malah menjadi tempat pengumpulan sampah sahaja. kempen berkenan yang menelan belanja ratusan juta ringgit gagal menyedarkan rakyat serta gagal dilaksanakan dengan baik.

                Walaupun kempen itu sudah sedekad berlalu dan kesedaran hampir  90 peratus di kalangan rakyat, matlamat masih jauh tersasar daripada matlamat yang diletakkan kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

                Kempen  “SAY TO PLASTIC BAG” juga menemui kegagalan, masakan tidak penjualan beg plastic masih dilaksanakan. Bagaimana kempen mengurangkan penggunaan beg plastik hendak berjaya sedangkan ia masih digunakan seperti biasa? Malah kempen ini juga dikatakan gagal menarik masyarakat supaya mengikut seruan kerajaan kerana kempen ini seolah-olah bagai melepaskan batuk di tangga sahaja dalam mempromosikannya. Galakan pengguna menggunakan beg sendiri dan tidak menggunakan plastik, tetapi plastik masih digunakan dalam urusan jual beli bukannya menggunakan beg kertas. Tak bolehkah gantikan sahaja beg plastik kepada beg kertas pada hari kempen dan kemudian secara perlahan – lahan tukar penggunaan beg plastik kepada beg kertas secara total?. Itu sahaja cara untuk mengajar rakyat Malaysia. Kalau hendak suruh rakyat membawa beg mereka sendiri,  percayalah berapa kerat sahaja yang bawa, selebihnya sanggup membeli beg plastik itu dari terpaksa membawa barang yang dibeli tanpa beg.

SIKAP MASYARAKAT SEBAB KEGAGALAN KEMPEN KITAR SEMULA

               Sikap masyarakat dikatakan sebagai punca utama kegagalan kebanyakan kempen yang dijalankan oleh kerajaan.  Malah dalam pelaporan berita di Utusan Online turut menyatakan akan perkara ini. Di mana tajuk berita tersebut secara terang menyatakannya iaitu “Rakyat tak makan kempen”  dalam pelaporan berita itu ada menyatakan antara punca menyebabkan kegagalan kempen nasional itu ialah kurangnya tindak balas daripada masyarakat, publisiti untuk menyedarkan orang ramai, permintaan dalam pasaran barangan kitar semula, selain kelemahan kilang mengendalikan produk sistem kitar semula. Tetapi seperkara yang menyerlah daripada penerimaan kepada kempen-kempen sebelum ini ialah rakyat sememangnya tidak berminat dengan kempen.

                Oleh itu, kerajaan harus sedar, apabila kempen yang dijalankan gagal, mereka sepatutnya mengubah cara mereka berkempen atau menukarkan  kempen mereka kepada penguatkuasaan, sebagai contoh yang melibatkan anti merokok dan keselamatan jalan raya. Ini sekurang – kurangnya dapat menyelamatkan jutaan ringgit. Lagipun, apa gunanya terus membazirkan wang rakyat dengan membuat kempen yang sama tapi gagal menyedarkan rakyat. Lagipun rakyat negara ini hanya dapat disedarkan melalui teladan, bukannya kempen.

                Jadi situasi ini dapat dikaitkan dengan satu teori iaitu Teori Behaviourisme. Teori ini mengatakan bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik (Ivov Pavlov). Jadi apa yang boleh dikaitkan dengan kegagalan dan teori ini adalah. Masyarakat memerlukan galakkan dan rangsangan dalam meneruskan amalan kitar semula ini. Jika kerajaan sendiri dilihat seolah-olah tidak bersemangat dalam mempromosikannya bagaimanakah masyarakat itu sendiri bersedia untuk merubah sikap mereka. Persoalannya di sini adakah kempen 




SUMBER:

1. http://www.sisa.my/cmssite/content.php?cat=33&pageid=284&lang=bm
2. http://www.mpm.gov.my/recycle_program
3. http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/program-kitar-semula
4. http://peraktoday.com/wp/?p=32016
5. http://www.umno-online.my/?p=47752
6. http://greenportal.usm.my/article.php?aid=9787
7. http://penpasksgb.blogspot.com/2009/12/sikap-orang-ramai-sebabkan-kempen-kitar.html
8. http://eprints.uthm.edu.my/582/1/jtsv22010p6.pdf
9. http://www.murkiester.com/Blog/2010/05/kempen-kempen-kerajaan-yang-gagal.html
10. http://khairulabdullah.com/2012/01/sistem-kitar-semula-di-jerman/
11. http://catatandarideutschland.blogspot.com/2011/06/kitar-semula.html
12. http://hchs.edu.my/green/Kitar%20Semula.html
13. http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=606
14. http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=606
16.http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2005&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&p
     g=re_05.htm#ixzz2DYbDAztK
17. © Utusan Melayu (M) Bhd




















Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda

No comments:

Post a Comment