Selamat Datang ke Laman Blog Suara Alam
Teknologi Untuk Alam Sekitar: 2012

Thursday 29 November 2012

Kelestarian: Program Bumi Hijau



          Program bumi hijau dilaksanakan apabila Organisasi Makanan Dunia (FAO) menjangkakan bahawa kesukaran bekalan makanan akan berlaku kelak. Hal ini bukan kerana kurangnya makanan tetapi mungkin sumber makanan tidak dapat di salurkan atau sampai ke tangan masyarakat apabila keadaan memerlukan contohnya semasa berlakunya bencana.

Latar belakang:

·         Pada 19 Oktober 2005 Jemaah Menteri telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk 
       meluluskan Kempen Bumi Hijau
·         Tujuannya adalah untuk menggalakkan amalan bercucuk tanam bagi mengurangkan belanja 
       isi rumah dan meningkatkan ekonomi rakyat.
·         Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan program ini 
       di peringkat Kebangsaan pada 3 Mac 2006
·         Menggantikan program Buku Hijau yang telah berjaya menghasilkan petani dan peladang 
      yang berjaya dari pelbagai aspek sehingga mereka telah berjaya mengeluarkan tanaman yang berkualiti dan meningkatkan taraf hidup mereka.
·         Menerapkan budaya bertanam sumber makanan sendiri agar rakyat Malaysia dilengkapi 
      ilmu dan amalan hidup.
·         Meringankan beban perbelanjaan isi rumah malah dapat memperkasakan masyarakat 
      sekiranya berlaku bencana alam yang mungkin akan menyekat pengaliran sumber makanan.

Kekangan Melaksanakan Program Bumi Hijau

1.      Boleh berjaya dalam kalangan masyarakat luar Bandar namun bagi masyarakat Bandar ia    
      mungkin kurang berjaya kerana faktor kerjaya dan terdapat banyak rumah pangsapuri.
2.      Tempat yang terhad dan seringkali bencana alam dilaporkan berlaku di sekeliling seperti 
      ancaman pemanasan global dan kos sara hidup yang tinggi.

             Konsep Pelaksanaan

·   Terdiri 3 komponen iaitu tanaman (bercucuk tanam), ternakan dan akuakultur.
·   Amalan bercucuk tanam dijalankan dengan cara “kitchen garden’ atau ‘edible landscape” 
   yang bersesuaian dengan ruang yang sedia ada bagi setiap keluarga.
·  Konsep: pengeluaran hasil hanya untuk kegunaan keluarga sendiri
·  Jenis tanaman ialah sayur, buah-buahan, ulam, herba dan sebagainya dan berlaku secara 
   berterusan.
· Anak-anak pokok ditanam dalam bekas mudah alih seperti pasu, polibeg, di atas tanah kosong
   milik kerajaan, majlis negeri, rumah ibadat dan sebagainya.
·   Ternakan ialah seperti memelihara ayam kampung, ayam telur dan lain-lain untuk mendapatkan daging dan telur.
· Akuakultur melibatkan ternakan ikan keli dalam tangki kanvas, ternakan ikan talapia dalam 
  sangkar, dan pelepasan benih ikan dalam pengairan umum.

Terdapat 2 pendekatan dalam menjalankan Program Bumi Hijau ini

1. Individu/Keluarga
·         Penanaman secara individu/keluarga dilaksanakan dalam kawasan rumah mereka dan 
       bersesuaian dengan keadaan sekitar.
·         Kaedah ini sesuai dilaksanakan di kawasan rumah teres, pangsa dan pangsapuri. Untuk 
       memberikan hasil sekurang-kurangnya 40 individu perlu dalam sesuatu kawasan.



2. Komuniti
  • Penanaman komuniti boleh di laksanakan di kawasan lapang.
  • Diuruskan oleh satu badan pengurusan.
  • Menanam pelbagai jenis tanaman dengan mengambil kira kuantiti supaya cukup untuk penggunaan setiap keluarga.
  • Badan pengurusan perlu merancang untuk melaksanakan penanaman dan perlu mendapat kebenaran daripada pihak yang berkaitan.

Program bumi hijau ini amat efisien dan berguna kepada masyarakat. Oleh itu pengamalannya dalam kehidupan harian amat penting supaya kita dapat menjamin kesejahteraan hidup baik dari segi penjimatan kos hidup, persediaan di saat bencana berlaku dan tiada bantuan dan sebagainya. Program ini akan berhasil jika pelaksanaan dilakukan secara berterusan dan dipantau oleh pihak tertentu dari semasa ke semasa.


SUMBER:


  1. http://www.ppj.gov.my/portal/page?_pageid=311,1&_dad=portal&_schema=PORTAL#1498
  2. http://www.portal.doa.gov.my/labuan/index.php/program-jabatan/program-bumi-hijau.html
  3. http://bertanisatuibadah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=243:program-bumi-hijau&catid=94:program-projek-semasa&Itemid=139&lang=bm





Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda

Kelestarian: Earth Hour

Pelaksana atau Pemerhati?


Earth hour merupakan satu acara yang dilancarkan oleh WWF dalam usaha untuk membangkitkan kesedaran orang ramai supaya mengambil tindakan masing-masing terhadap perubahan iklim di seluruh dunia. Ia dilihat sebagai acara alam sekitar yang terbesar yang berlangsung sejak tahun 2007 di Sydney. Bagi setiap tahun bulan Mar, hari Sabtu yang terakhir, orang ramai dipanggil untuk menutup lampu sepanjang satu jam pada pukul 8.30 hingga 9.30 sebagai tanda bersuara dan bekerjasama untuk mencipta masa depan yang lebih cerah terhadap planet ini. Slogan Earth Hour ialah ‘uniting people to protect the earth’.

          Namun, adakah ‘earth’ benar-benar dilindungi menjadi satu isu kian menjadi perbincangan. Walaupun Earth Hour ini mendapat sokongan daripada bandar serta negara secara global yang telah menunjukkan peningkatan penyertaan yang ketara dari tahun ke tahun, namun keberkesanannya telah memperoleh pendapat yang pelbagai sama ada positif atau negatif. Pada hari Earth Hour kesemua orang yang terlibat menjalankan malam mereka dengan hati yang penuh dengan ghairah sebagai individu yang memberi sumbangan kepada alam sekitar, tetapi keesokan hari adakah mereka masih bertegas dalam tingkah laku yang mesra alam? Adakah aktiviti dalam sejam tersebut menjadi topik perbualan dan bukan maknanya yang tertanam dalam isi hati?

          Rangkaian sosial yang sedia ada daripada  teknologi media baru seperti Facebook, Twitter, Youtube dan Flickr telah digunakan sebagai medium untuk menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan acara ini. Keutamaan dilihat telah diberikan kepada pemuda-pemudi yang dikenali sebagai generasi Y yang mempunyai kemahiran yang lebih tinggi dalam menggunakan rangkaian internet. Earth Hour seumpamanya telah dijadikan trend bagi menonjolkan personaliti yang lebih mulia dengan penglibatan yang boleh dikesan menerusi mata kasar. Contohnya mengemas kini status di Facebook atau Twitter tentang betapa seronoknya menyertai Earth Hour serta memuat naik gambar untuk menunjukkan sokongan yang diberi. Adakah mereka benar-benar memahami objektifnya atau hanya mengikuti tingkah laku orang lain supaya tidak ketinggalan? 



     Perubahan sikap atau tingkah laku tidak pernah dikaji dengan selanjutnya selepas Earth Hour dilancarkan. Keprihatinan terhadap perubahan iklim telah diberi titik noktah selepas satu jam tersebut. Hanya gambar-gambar yang ditangkap dapat menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu sebelum dan selepas lampu ditutup di kawasan yang berlainan. Yang menjadi isu kritikan adalah fokus pemaparan gambar yang hanya tertumpu terhadap bangunan-bangunan yang merupakan tarikan dunia seperti The Leaning Tower,  The Eiffel Tower, Petronas Twin Towers dan lain-lain. Sokongan yang diberi ini adalah untuk menyampaikan mesej alam sekitar atau supaya bangunan yang berpengaruh dalam negara tersebut dapat diterbitkan dalam surat khabar pada keesokan hari? Adakah lebih adil dan saksama sekiranya kawasan perumahan dan perniagaan turut dibuat perbandingan dalam penglibatan mereka?

          Selain itu, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk menyambungkan orang ramai dan menggunakan satu jam tersebut dengan lebih bermakna. Namun aktiviti yang kerap menjadi pilihan adalah menyala lilin serta tanglung kertas yang dapat mencerahkan persekitaran. Namun, The Christian Science Monitor menyatakan bahawa lilin adalah diperbuat daripada parafin yang mengandungi hidrokarbon yang diperoleh daripada bahan api fosil. Kegunaannya hanya akan menambahkan pelepasan karbon dioksida dan bukan mengurangkannya. Tanglung kertas yang dilepaskan ke dalam langit turut bukan merupakan tingkah laku yang bijaksana dan sesuai. Bahan pembuatan yang mudah terbakar tersebut semestinya akan mencemarkan udara dan bangkainya mungkin akan mengakibatkan kebakaran seperti yang akan berlaku terhadap lilin juga. Maka, hasilnya pemadaman lampu dalam satu jam tersebut telah mendatangkan masalah alam sekitar yang lebih serius.


          Masalah sosial turut terjadi-jadi dalam tempoh satu jam Earth Hour tersebut. Banyak kemalangan atau berita sosial yang timbul telah dilaporkan dalam surat khabar. Sesetengah orang mungkin akan melakukan perbuatan yang telah disekat seperti memandu dengan cepat di kawasan yang gelap atau merendahkan kewaspadaan. Ini sememangnya dapat menunjukkan gambaran di sebalik Earth Hour yang dapat menyabungkan hati semua orang terhadap alam sekitar. Terdapat juga sesetengah pihak yang akan menggunakan peluang ini untuk memperoleh keuntungan. Contohnya menjual baju Earth Hour, mencari artis-artis terkenal untuk membuat persembahan sempena Earth Hour di samping mempromosikan product atau jenama mereka demi kepentingan diri-sendiri.

          Walaupun terdapat banyak aspek yang perlu dibincangkan bagi mengenal pasti keberkesanan Earth Hour terhadap alam sekitar serta kesedaran orang ramai, tidak dapat dinafikan bahawa acara ini benar-benar memberi impak kepada mereka yang ingin menyumbangkan usaha dalam menyelamatkan dunia ini. Hubungan yang rapat turut dapat dijalin antara mereka yang mempunyai kegigihan dan kecekalan dalam menjayakan Earth Hour serta menjaga alam sekitar. Maka, dengan harapan bahawa lebih banyak acara yang berlainan akan dilaksanakan dengan Earth Hour sebagai pembuka jalan.

          Pada pendapat saya, kemungkinan apa yang ditunggu adalah hasilnya. Namun, inisiatif yang diambil adalah lebih berharga berbanding dengan berpeluk tubuh sahaja. Jangan menghentikan kesungguhan terhadap alam sekitar setakat sini, merebaknya dengan melihat sekeliling anda dan bertindak pada hari ini. Tindakan anda yang kecil dapat mempengaruhi dunia!



SUMBER:















Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda

Kelestarian: Kempen kitar semula GAGAL?


MASALAH SISA PEPEJAL

            Kepesatan dan kemajuan negara menuju kepada urbanisasi tanpa sedar telah memberikan kesan kepada kehidupan iaitu penghasilan sampah sarap domestik. Sampah sarap atau juga disebut sebagai sisa pepejal  merupakan suatu bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana tidak mempunyai nilai ekonomi. Contoh sisa pepejal seperti  sisa makanan, kertas kadbod,plastic, tekstil, kulit dan sebagainya.



Sisa pepejal terkawal juga terbahagi kepada beberapa kategori:

>Sisa pepejal Isi rumah
>Sisa pepejal Awam
>Sisa pepejal Import
>Sisa pepejal Khas
>Sisa pepejal Komersial
>Sisa pepejal Pembinaan
>Sisa pepejal Institusi
>Sisa pepejal perindustrian




Di zaman purba pengurusan sisa pepejal adalah menggunakan cara yang sesuai dengan lokasi. kebudayaan, kepercayaan dan juga kemajuan teknologi yang ada pada masa itu. Namun pada penghujung abad pertengahan sistem pengurusan sisa pepejal tidak lagi dilaksanakan dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Di Malaysia kadar peningkatan sisa pepejal meningkat setiap tahun.

Masalah sisa pepejal ini memberikan impak kepada alam sekitar, sosial dan juga kesihatan manusia. Tidak dinafikan pelbagai usaha telah diambil dalam usaha mengurangkan kos penyelenggaran sisa pepejal ini. Oleh itu, pada peringkat awal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah telah melancarkan “ Program Kitar Semula”.

Kempen telah dipilih untuk menjadi alat interaksi kepada masyarakat dalam emnyampaikan hasrat kerajaan ini. Kempen ini telah giat dipromosikan menggunakan teknologi komunikasi seperti pemaparan di televisyen, surat khabar, laman sosial jaringan internet dan tak kurang juga radio yang turut membuat kempen melalui 
"Public service annoucement"  di corong-corong radio.






Latar Belakang Program Kitar Semula

                Program kitar semula telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 1993 lagi. Namun bagaimana pun program ini gagal dan tidak berjaya mencapai matlamatnya. Namun pada 2 Disember 2000, program ini telah dilancarkan kembali oleh KPKT dan pelbagai pihak turut terlibat dalam menjayakan program ini. Antara pihak-pihak tersebut adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat swasta, institusi pengajian tinggi, sekolah dan sebagainya. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan.


KONSEP KTAR SEMULA: 3R (Reuse, Reduce, Recycle)

Proses kitar semula ialah suatu proses yang melibatkan usaha memproses, mengumpul dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.  Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R (REUSE, REDUSE,RECYCLE) perlu dilaksanakan dengan berkesan.  


Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.

1. Pengurangan: Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal 
    yang dihasilkan.
2. Penggunaan semula: Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang 
    mana masih boleh digunakan lagi.
3.  Kitar semula: Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
4. Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan 
   memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, “pengurangan” diikuti “penggunaan semula” dan 
   akhirnya “kitar semula”.

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang dibuang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
  1. Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
  2. Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
  3. Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
  4. Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.


BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI 3R?

1. Dari sudut PENGURANGAN atau REDUCE.
    Fikir Dulu Sebelum Buang


Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk tujuan lain. Jadi pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan.
Contohnya:
  1.  Beli barangan secara pukal bagi meminimumkan bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan.
  2. Beli bahan minuman seperti kopi, gula, krimer dalam kuantiti yang banyak dan bancuh dalam bekas yang boleh diguna semula.
  3. Guna napkin atau tuala meja yang boleh digunakan semula bagi menggantikan tuala pakai buang.
  4. Apabila berpindah rumah, jual barang yang tidak mahu digunakan lagi di pasar lambak.
  5. Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah halaman kertas apabila menggunakan mesin fotokopi.
  6. Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel elektronik.
  7. Mengoptimumkan pembungkusan barangan yang dibeli ke dalam beg plastik.


2. Dari sudut  PENGGUNAAN SEMULA atau REUSE.

Antara barang yang boleh digunakan semula :
  1. Tin kopi dan bekas keju sebagai bekas simpanan.
  2. Gunakan belakang kertas atau belakang sampul surat sebagai catatan nota.
  3. Simpan lebihan makanan di dalam bekas daripada menggunakan bungkusan kertas atau kertas aluminium.
  4. Gunakan pakaian lama sebagai kain buruk untuk membersihkan kotoran daripada menggunakan kertas tisu.
  5. Adakan jualan garaj atau mendermakan pakaian, buku atau anak patung yang tidak digunakan lagi.
Cara-cara untuk menggunakan semula:
  1.  Gunakan cawan kopi yang tahan lama.
  2. Gunakan kain lampin atau tuala.
  3. Isian semula botol.
  4. Menderma majalah lama atau peralatan lebihan.
  5. Guna semula kotak.
  6. Gunakan balang kosong untuk menyimpan makanan.
  7. Membeli pen dan pensel isian semula.


3. Dari sudut  KITAR SEMULA atau RECYCLE

Sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengitar semula, ianya akan menjadi lebih mudah dan senang. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitar semula.

Kitar semula mengikut jenis barang.

Banyak barang yang boleh dikitarkan semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitarkan semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya. Beli produk yang boleh dikitarkan semula jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitarkan semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca. Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut. Elakkan dari membeli barangan yang berbahaya Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitarkan semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.

Tong kitar semula dan pusat pengumpulan kenal pasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.



JENIS-JENIS TONG KITAR SEMULA

Terdapat 3 tong kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk membuang sisa yang boleh dikitarkan semula. Tong-tong ini diwarnakan biru, coklat, dan jingga bagi melambangkan kegunaan yang berbeza. Tong kitar semula terdapat di dalam saiz 80liter, 120 liter, 240 liter, 360 liter dan 660 liter.


PROGRAM-PROGRAM KITAR SEMULA

                Setiap tahun pelbagai aktiviti atau program dirancang dalam memastikan kempen kitar semula ini terus berjalan. Pelbagai kempen yang pelbagai telah dijalankan bagi mencapai misi dan matlamat kitar semula. Antara program kempen kitar semula yang mendapat perhatian misalnya seperti kempen “SAY NO TO PLASIC BAG” dan “KE ARAH BUMI HIJAU ATAU GO GREEN”.  Namun bagaimanapun terdapat pelbagai lagi program kitar semula yang dirancang oleh kerajaan mahupun swasta. 




APA SUDAH JADI DENGAN KEMPEN KITAR SEMULA?

                Selepas tahun 2005, boleh dikatakan tidak kedengaran lagi kempen berterusan dan adakah kita boleh diklasifikasikan ia sebagai sebuah kempen yang gagal? Kita boleh lihat pembinaan tempat pengumpulan bahan kitar semula berselerak di merata negeri dan apa yang menyedihkan tempat berkenaan kini terbiar malah menjadi tempat pengumpulan sampah sahaja. kempen berkenan yang menelan belanja ratusan juta ringgit gagal menyedarkan rakyat serta gagal dilaksanakan dengan baik.

                Walaupun kempen itu sudah sedekad berlalu dan kesedaran hampir  90 peratus di kalangan rakyat, matlamat masih jauh tersasar daripada matlamat yang diletakkan kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

                Kempen  “SAY TO PLASTIC BAG” juga menemui kegagalan, masakan tidak penjualan beg plastic masih dilaksanakan. Bagaimana kempen mengurangkan penggunaan beg plastik hendak berjaya sedangkan ia masih digunakan seperti biasa? Malah kempen ini juga dikatakan gagal menarik masyarakat supaya mengikut seruan kerajaan kerana kempen ini seolah-olah bagai melepaskan batuk di tangga sahaja dalam mempromosikannya. Galakan pengguna menggunakan beg sendiri dan tidak menggunakan plastik, tetapi plastik masih digunakan dalam urusan jual beli bukannya menggunakan beg kertas. Tak bolehkah gantikan sahaja beg plastik kepada beg kertas pada hari kempen dan kemudian secara perlahan – lahan tukar penggunaan beg plastik kepada beg kertas secara total?. Itu sahaja cara untuk mengajar rakyat Malaysia. Kalau hendak suruh rakyat membawa beg mereka sendiri,  percayalah berapa kerat sahaja yang bawa, selebihnya sanggup membeli beg plastik itu dari terpaksa membawa barang yang dibeli tanpa beg.

SIKAP MASYARAKAT SEBAB KEGAGALAN KEMPEN KITAR SEMULA

               Sikap masyarakat dikatakan sebagai punca utama kegagalan kebanyakan kempen yang dijalankan oleh kerajaan.  Malah dalam pelaporan berita di Utusan Online turut menyatakan akan perkara ini. Di mana tajuk berita tersebut secara terang menyatakannya iaitu “Rakyat tak makan kempen”  dalam pelaporan berita itu ada menyatakan antara punca menyebabkan kegagalan kempen nasional itu ialah kurangnya tindak balas daripada masyarakat, publisiti untuk menyedarkan orang ramai, permintaan dalam pasaran barangan kitar semula, selain kelemahan kilang mengendalikan produk sistem kitar semula. Tetapi seperkara yang menyerlah daripada penerimaan kepada kempen-kempen sebelum ini ialah rakyat sememangnya tidak berminat dengan kempen.

                Oleh itu, kerajaan harus sedar, apabila kempen yang dijalankan gagal, mereka sepatutnya mengubah cara mereka berkempen atau menukarkan  kempen mereka kepada penguatkuasaan, sebagai contoh yang melibatkan anti merokok dan keselamatan jalan raya. Ini sekurang – kurangnya dapat menyelamatkan jutaan ringgit. Lagipun, apa gunanya terus membazirkan wang rakyat dengan membuat kempen yang sama tapi gagal menyedarkan rakyat. Lagipun rakyat negara ini hanya dapat disedarkan melalui teladan, bukannya kempen.

                Jadi situasi ini dapat dikaitkan dengan satu teori iaitu Teori Behaviourisme. Teori ini mengatakan bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik (Ivov Pavlov). Jadi apa yang boleh dikaitkan dengan kegagalan dan teori ini adalah. Masyarakat memerlukan galakkan dan rangsangan dalam meneruskan amalan kitar semula ini. Jika kerajaan sendiri dilihat seolah-olah tidak bersemangat dalam mempromosikannya bagaimanakah masyarakat itu sendiri bersedia untuk merubah sikap mereka. Persoalannya di sini adakah kempen 




SUMBER:

1. http://www.sisa.my/cmssite/content.php?cat=33&pageid=284&lang=bm
2. http://www.mpm.gov.my/recycle_program
3. http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/program-kitar-semula
4. http://peraktoday.com/wp/?p=32016
5. http://www.umno-online.my/?p=47752
6. http://greenportal.usm.my/article.php?aid=9787
7. http://penpasksgb.blogspot.com/2009/12/sikap-orang-ramai-sebabkan-kempen-kitar.html
8. http://eprints.uthm.edu.my/582/1/jtsv22010p6.pdf
9. http://www.murkiester.com/Blog/2010/05/kempen-kempen-kerajaan-yang-gagal.html
10. http://khairulabdullah.com/2012/01/sistem-kitar-semula-di-jerman/
11. http://catatandarideutschland.blogspot.com/2011/06/kitar-semula.html
12. http://hchs.edu.my/green/Kitar%20Semula.html
13. http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=606
14. http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=606
16.http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2005&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&p
     g=re_05.htm#ixzz2DYbDAztK
17. © Utusan Melayu (M) Bhd




















Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda

Pelaporan Akhbar Arus Perdana dan Akhbar Alternatif Berikutan Fenomena Banjir Kilat yang Berlaku di Pulau Pinang.


Banjir Kilat Suatu Bencana.

Banjir kilat merupakan banjir yang berlaku serta merta akibat dari kelebatan hujan yang turun dan akan surut dalam masa yang singkat. Kebiasaannya, banjir kilat berlaku di bandar-bandar besar contohnya seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru dan lain-lain. Namun, ada juga kes yang dilaporkan turut berlaku di luar bandar. Contohnya seperti di Baling, Kedah.

Punca-punca Berlakunya Banjir Kilat

Antara punca yang menyumbang kepada berlakunya banjir kilat terutamanya di bandar-bandar ialah  aktiviti pembangunan yang pesat. Pembangunan yang dijalankan hanya semata-mata untuk tujuan perindustrian dan penempatan telah menyebabkan tarahan pokok berlaku. Apabila tarahan pokok berlaku, maka proses cegatan silara akan berkurangan. Hujan amat memerlukan proses cegatan silara  supaya air tidak jatuh secara terus menerus pada permukaan struktur tanah. Apabila ianya berlaku, maka strukur tanah tidak mampu untuk menampungnya dan berlakulah banjir kilat.

Punca yang kedua ialah penurapan pada tanah. Hal ini bermaksud, penurapan tar pada kawasan jalan raya dan sebagainya. Kemajuan sesebuah negara itu haruslah seiring dengan pembangunan yang dijalankan. Oleh itu, penurapan jalan raya dan pembinaan bangunan-bangunan telah menjadikan kawasan tanah berkurangan dan tidak telap air. Maka, lebihan air yang turun akan mengalir masuk ke sistem pengaliran yang ada. Sekiranya kawasan  tanah masih ada, hujan yang turun akan menyerap masuk ke dalam tanih dan larian air permukaan akan terbit.

Pelaporan Media Berhubung Isu Banjir Kilat

Pelaporan media berkenaan dengan isu banjir kilat amat meluas terutamanya bagi media mainstream berbanding media alternatif contohnya seperti akhbar, televisyen, dan radio saluran mainstream (Berita Harian, RTM). Mereka juga banyak memaparkan tentang usaha pihak kerajaan dalam membantu orang awam yang menjadi mangsa banjir kilat.

Apakah yang Boleh Dilakukan untuk Mengatasinya?

Masalah banjir kilat ini perlu diambil perhatian oleh Adun-adun kawasan kerana ianya melibatkan masalah kepada penduduk. Hal ini demikian kerana kesan banjir kilat ini mampu menyebabkan kerosakan barangan orang ramai. Hal ini disebabkan oleh banjir kilat biasanya mengandungi lumpur dan mampu merosakkan barangan penduduk. Mungkin wakil –wakil rakyat perlu mengambil tindakan. Contohnya, memperbaiki sistem pengairan dan perparitan. Ini supaya masalah pengairan air hujan tidak akan wujud.

Di samping itu, kawalan pembangunan sangat penting bagi memastikan alam sekitar tidak terus menerus musnah. Pembangunan secara sistematik dapat membantu untuk mengalirkan air hujan dan seterusnya diserap dengan baik. Usaha-usaha ini perlu dilaksanakan demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan bersama.



Seorang mangsa banjir kilat membersihkan rumahnya.


Kenderaan mengharungi banjir kilat.


Banjir kilat yang berlaku di Klang.

Sumber:





Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda

Wednesday 28 November 2012

Pelaporan Isu Alam Sekitar: Pembinaan Kilang Nadir Bumi LYNAS.


Pengertian mengenai Lynas.

            Entri kali ini memaparkan satu isu yang sedang hangat diperkatakan media iaitu isu loji pembinaan kilang nadir bumi Lynas Advanced Materials Plants (LAMP). Seperti yang kita tahu pembinaan kilang Lynas ini telah menimbulkan spekulasi dan percanggahan idea. Jadi, entri ini adalah untuk melihat sejauh manakah pembinaan kilang Lynas ini memberi manfaat dan mudarat kepada masyarakat sekeliling.

            Sebelum kita menelusuri lebih jauh lagi, elok rasanya kalau kita membuka minda sejenak dalam mendefinisikan nadir bumi. Nadir bumi adalah salah satu daripada hasil bumi yang terletak dalam kumpulan Lanthanides. Kehebatan seperti adanya sistem infrastruktur bermutu seperti bekalan gas, wap, air dan elektrik telah menyebabkan Pahang dipilih sebagai tapak tumpuan pelaburan Lynas Advanced Materials Plants (LAMP).


Manfaat Pembinaan Kilang Nadir Bumi Lynas.

Pembinaan kilang Lynas ini dikatakan dapat menyumbang kepada ekonomi negara dan sekali gus dapat membuka peluang perniagaan dan pekerjaan. Melalui Utusan Online, Kilang Lynas ini dikatakan dapat menawarkan pekerjaan kepada lebih 2,000 orang sekali gus dapat merancakkan aktiviti setempat. Pengarah Urusannya, Datuk Mashal Ahmad menyatakan bahawa pada permulaan, Lynas telah mengambil 350 pekerja yang terdiri daripada 75 siswazah teknikal, 15 bukan teknikal dan 260 tenaga mahir dan separuh mahir. Selain itu, ia juga turut mengambil 250 pekerja kontrak yang mana dikatakan sebagai kumpulan sokongan kepada syarikat ini. Pada masa yang sama, kilang Lynas ini turut menyediakan peluang perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.

            Pada fasa pertama pembinaan kilang nadir bumi ini, pihaknya mengeluarkan modal pelaburan sebanyak RM 1.39 bilion dengan RM 618 juta telah dibelanjakan di Malaysia termasuk memberi projek kepada kontraktor di Kuantan sebanyak RM 235 juta. Pada fasa kedua pula, pelaburan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM 700 juta yang mana separuh daripadanya akan dibelanjakan di Malaysia. Pelaburan yang dikeluarkan ini dapat menguntungkan orang ramai dan dapat meningkatkan ekonomi Pahang dan Malaysia.

Apakah dampaknya jika berlaku kebocoran radioaktif?

Jika berlaku kebocoran radioaktif di Gebeng Kuantan, ia akan memberi ancaman kepada syarikat yang berdekatan loji pembinaan kilang nadir bumi Lynas seperti Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals seperti kerugian yang besar sekiranya operasi mereka terganggu dengan masalah kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

Kilang Lynas ini memberi  ancaman kepada sisa radioaktif. Ini berlaku mungkin disebabkan kilang ini diapit oleh polyplastic dan projek Fasa 1 Kluster Industri minyak kelapa sawit. Rare Earth kaya dengan bahan mineral seperti monazite yang juga merupakan bahan radioaktif. Monazite  mengandungi thorium, cerium dan lanthanum. Keadaan ini memberi  kesan kepada penduduk sekitarnya seperti leukemia, kecacatan, kanser dan sebagainya. Sebagai contoh, Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian.



 Lynas adalah penyumbang manfaat atau sebaliknya?

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang menyatakan bahawa kilang Lynas ini bukan kilang radioaktif sebaliknya kilang kimia. Selain itu, Pensyarah Program Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Ismail Bahari turut mengulas bahawa melalui kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa radiasi hanya membahayakan manusia apabila melebihi paras tertentu dengan 100mSv yang mana boleh menyebabkan penyakit kanser tetapi pendedahan radiasi kepada orang awam melalui operasi Lynas adalah sebanyak 0.002mSv setahun. Menurut Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Sallah, projek nadir bumi berpotensi membawa bencana, merosakkan kesihatan manusia dalam jangka masa panjang dan menjejaskan persekitaran seterusnya memberi impak negatif kepada ekonomi negara. Persoalannya, kenapa berlakunya percanggahan idea seperti ini? 



Secara tuntasnya, loji pemprosesan nadir bumi Lynas ini mungkin membawa keuntungan kepada negara, namun kita harus sedar bahawa jika berlaku kebocoran radioaktif ia akan menjejaskan kesihatan. Untuk itu, pihak yang berkenaan perlu menyelesaikan isu ini sama ada ia memberi manfaat atau sebaliknya kepada rakyat dan negara.

Sumber




Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda