Selamat Datang ke Laman Blog Suara Alam
Teknologi Untuk Alam Sekitar: Artikel Akhbar Arus Perdana dan Alternatif Mengenai Kesan Korek Pasir di Negeri Selangor yang Menimbulkan Kesan Negatif kepada Alam Sekitar.

Wednesday 28 November 2012

Artikel Akhbar Arus Perdana dan Alternatif Mengenai Kesan Korek Pasir di Negeri Selangor yang Menimbulkan Kesan Negatif kepada Alam Sekitar.


Apakah itu Pengorekan Pasir??




Seperti yang dilihat di dalam gambar inilah aktiviti yang dimaksudkan sebagai pengorekan pasir di mana pasir-pasir diambil secara haram tanpa kebenaran daripada pihak tertentu sama ada dari sungai, pantai atau laut.

Akhbar Arus Perdana: Berita Harian

Berita harian melaporkan keadaan tentang pengorekan pasir yang berlaku di Selangor dari segi beberapa aspek, pertamanya, pelaporan berita harian melaporkan peranan badan alam sekitar di Selangor iaitu KKSB (Kumpulan Semesta Sdn. Bhd) yang telah menyebabkan kerajaan negeri Selangor telah kerugian hampir 30juta.(Berita harian,18/7/2010). Sementara itu dalam pelaporan berita harian mengenai aktiviti pengorekan di Selangor telah membuatkan Perdana menteri Dato’ Seri Najib juga  turut menyuarakan rasa bimbang mengenai hal ini beliau berkata kerajaan Selangor perlulah melakukan pemantauan lebih awal mengenai kegiatan pengorekan pasir ini agar tidak membuatkan ekosistem di kawasan berlakunya pengorekan pasir mengalami penjejasan yang teruk. (Berita Harian,15/07/2010).

            Bagi pihak penduduk setempat pelaporan di berita harian melaporkan bahawa kegiatan pengorekan pasir yang berlaku di Semenyih, Sepang, Selangor telah menimbulkan pelbagai masalah terhadap penduduk kampong di kawasan itu terutamanya kampong Sungai Buah. Masalah yang timbul daripada  kegiatan pengorekan pasir di situ adalah dari faktor keselamatan kanak-kanak dan juga faktor kebersihan di kawasan tersebut yang pastinya menyebabkan persekitaran alam sekitar di kawasan itu mengalami pencemaran alam yang teruk melalui pelaporan Berita Harian ini. Tambahan lagi sikap pemandu lori pasir yang memandu laju ketika menggunakan jalan di situ menjadi satu kebimbangan kepada kanak-kanak sekolah yang melintas daripada laluan sekolah. (Berita Harian,13/07/2010) 

Pemberitaan mengenai pengorekan pasir di Selangor menerusi pelaporan berita media alternatif (Malaysia Kini)

            Manakala pelaporan dalam pelaporan media alternatif iaitu Malaysia Kini pula mengatakan komen daripada Menteri Besar Selangor sendiri dalam menyatakan pendirian Beliau tentang isu pengorekan pasir ini. Dalam pelaporan yang bertarikh 11 Februari 2012 Dato’ Seri Khalid memberitahu bahawa isu pengorekan pasir ini adalah isu lapuk. Perkara ini dinyatakan oleh Beliau kerana perkara pengorekan pasir ini hendak dibawa kepada pihak pencegahan rasuah untuk disoal siasat dan juga mempunyai nilai menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar negeri Selangor.

            Hal ini lebih berkaitan dengan isu politik dan isu menjatuhkan nilai peribadi seseorang individu. Pihak ini menuding jari terhadap pihak ini dan di sebelah pihak lagi menuding jari kepada pihak ini jika dilihat perbezaan pelaporan dalam arus media perdana dan juga media alternatif. Dan lebih mencerahkan tentang isu politik bukannya menceritakan bagaimanakah pengorekan pasir ini menjejaskan alam persekitaran di negeri Selangor khususnya.

            Selain itu dalam pelaporan Malaysia Kini yang bertarikh 10 julai 2012, yang bertajuk “Kes curi pasir di Selangor telah berkurang” menerangkan statistik yang telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar negeri Selangor sendiri iaitu Dato’ Seri Khalid Ibrahim yang telah menyatakan bahawa 974 tangkapan terhadap orang yang terlibat melakukan pengorekan pasir pada tahun 2008.Pada tahun 2009 sebanyak 159 kes,91 kes pada 2010 dan pada 2011 sebanyak 91 kes.Ini menunjukkan kerajaan negeri Selangor mengambil serius mengenai aktiviti pengorekan pasir yang banyak mengganggu alam sekitar dan penduduk setempat tidak seperti yang didapati dalam pelaporan yang dilakukan oleh media arus perdana.

Kesimpulannya

            Jika dilihat kedua-dua akhbar sama ada arus perdana dan juga alternatif terdapatnya jurang perbezaan mengenai kedua-dua saluran ini dalam melaporkan mengenai aktiviti pengorekan pasir di Negeri Selangor ini. Jadi terpulang kepada pembaca menilai kepentingan dalam menjaga alam sekitar yang dititikberatkan oleh kedua-dua saluran pemberitaan ini. Sama ada hanya mementingkan tentang politik seseorang, ataupun memang benar-benar ingin membanteras kegiatan yang mampu merosakkan alam sekitar.

Sumber

1. Berita harian online

Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda

No comments:

Post a Comment