Earth hour merupakan
satu acara yang dilancarkan oleh WWF dalam usaha untuk membangkitkan kesedaran
orang ramai supaya mengambil tindakan masing-masing terhadap perubahan iklim di
seluruh dunia. Ia dilihat sebagai acara alam sekitar yang terbesar yang berlangsung
sejak tahun 2007 di Sydney. Bagi setiap tahun bulan Mar, hari Sabtu yang
terakhir, orang ramai dipanggil untuk menutup lampu sepanjang satu jam pada
pukul 8.30 hingga 9.30 sebagai tanda bersuara dan bekerjasama untuk mencipta masa
depan yang lebih cerah terhadap planet ini. Slogan Earth Hour ialah ‘uniting
people to protect the earth’.
Namun, adakah ‘earth’ benar-benar dilindungi menjadi satu isu kian
menjadi perbincangan. Walaupun Earth Hour ini mendapat sokongan daripada bandar
serta negara secara global yang telah menunjukkan peningkatan penyertaan yang ketara
dari tahun ke tahun, namun keberkesanannya telah memperoleh pendapat yang
pelbagai sama ada positif atau negatif. Pada hari Earth Hour kesemua orang yang
terlibat menjalankan malam mereka dengan hati yang penuh dengan ghairah sebagai
individu yang memberi sumbangan kepada alam sekitar, tetapi keesokan hari
adakah mereka masih bertegas dalam tingkah laku yang mesra alam? Adakah
aktiviti dalam sejam tersebut menjadi topik perbualan dan bukan maknanya yang
tertanam dalam isi hati?
Rangkaian sosial yang sedia ada daripada
teknologi media baru seperti Facebook, Twitter, Youtube dan Flickr telah
digunakan sebagai medium untuk menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan acara
ini. Keutamaan dilihat telah diberikan kepada pemuda-pemudi yang dikenali
sebagai generasi Y yang mempunyai kemahiran yang lebih tinggi dalam menggunakan
rangkaian internet. Earth Hour seumpamanya telah dijadikan trend bagi
menonjolkan personaliti yang lebih mulia dengan penglibatan yang boleh dikesan
menerusi mata kasar. Contohnya mengemas kini status di Facebook atau Twitter
tentang betapa seronoknya menyertai Earth Hour serta memuat naik gambar untuk
menunjukkan sokongan yang diberi. Adakah mereka benar-benar memahami
objektifnya atau hanya mengikuti tingkah laku orang lain supaya tidak
ketinggalan?
Perubahan sikap atau tingkah laku tidak
pernah dikaji dengan selanjutnya selepas Earth Hour dilancarkan. Keprihatinan
terhadap perubahan iklim telah diberi titik noktah selepas satu jam tersebut.
Hanya gambar-gambar yang ditangkap dapat menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu
sebelum dan selepas lampu ditutup di kawasan yang berlainan. Yang menjadi isu
kritikan adalah fokus pemaparan gambar yang hanya tertumpu terhadap
bangunan-bangunan yang merupakan tarikan dunia seperti The Leaning Tower, The Eiffel Tower, Petronas Twin Towers dan
lain-lain. Sokongan yang diberi ini adalah untuk menyampaikan mesej alam
sekitar atau supaya bangunan yang berpengaruh dalam negara tersebut dapat
diterbitkan dalam surat khabar pada keesokan hari? Adakah lebih adil dan
saksama sekiranya kawasan perumahan dan perniagaan turut dibuat perbandingan
dalam penglibatan mereka?
Selain itu, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk menyambungkan orang
ramai dan menggunakan satu jam tersebut dengan lebih bermakna. Namun aktiviti
yang kerap menjadi pilihan adalah menyala lilin serta tanglung kertas yang
dapat mencerahkan persekitaran. Namun, The Christian Science Monitor menyatakan
bahawa lilin adalah diperbuat daripada parafin yang mengandungi hidrokarbon
yang diperoleh daripada bahan api fosil. Kegunaannya hanya akan menambahkan
pelepasan karbon dioksida dan bukan mengurangkannya. Tanglung kertas yang
dilepaskan ke dalam langit turut bukan merupakan tingkah laku yang bijaksana
dan sesuai. Bahan pembuatan yang mudah terbakar tersebut semestinya akan
mencemarkan udara dan bangkainya mungkin akan mengakibatkan kebakaran seperti
yang akan berlaku terhadap lilin juga. Maka, hasilnya pemadaman lampu dalam
satu jam tersebut telah mendatangkan masalah alam sekitar yang lebih serius.
Masalah sosial turut terjadi-jadi dalam
tempoh satu jam Earth Hour tersebut. Banyak kemalangan atau berita sosial yang
timbul telah dilaporkan dalam surat khabar. Sesetengah orang mungkin akan
melakukan perbuatan yang telah disekat seperti memandu dengan cepat di kawasan
yang gelap atau merendahkan kewaspadaan. Ini sememangnya dapat menunjukkan
gambaran di sebalik Earth Hour yang dapat menyabungkan hati semua orang
terhadap alam sekitar. Terdapat juga sesetengah pihak yang akan menggunakan
peluang ini untuk memperoleh keuntungan. Contohnya menjual baju Earth Hour,
mencari artis-artis terkenal untuk membuat persembahan sempena Earth Hour di
samping mempromosikan product atau jenama mereka demi kepentingan diri-sendiri.
Walaupun terdapat banyak aspek yang
perlu dibincangkan bagi mengenal pasti keberkesanan Earth Hour terhadap alam
sekitar serta kesedaran orang ramai, tidak dapat dinafikan bahawa acara ini
benar-benar memberi impak kepada mereka yang ingin menyumbangkan usaha dalam
menyelamatkan dunia ini. Hubungan yang rapat turut dapat dijalin antara mereka
yang mempunyai kegigihan dan kecekalan dalam menjayakan Earth Hour serta
menjaga alam sekitar. Maka, dengan harapan bahawa lebih banyak acara yang
berlainan akan dilaksanakan dengan Earth Hour sebagai pembuka jalan.
Pada pendapat saya, kemungkinan apa yang ditunggu adalah hasilnya.
Namun, inisiatif yang diambil adalah lebih berharga berbanding dengan berpeluk
tubuh sahaja. Jangan menghentikan kesungguhan terhadap alam sekitar setakat
sini, merebaknya dengan melihat sekeliling anda dan bertindak pada hari ini.
Tindakan anda yang kecil dapat mempengaruhi dunia!
SUMBER:
No comments:
Post a Comment