Selamat Datang ke Laman Blog Suara Alam
Teknologi Untuk Alam Sekitar: Kelestarian: Program Bumi Hijau

Thursday 29 November 2012

Kelestarian: Program Bumi Hijau



          Program bumi hijau dilaksanakan apabila Organisasi Makanan Dunia (FAO) menjangkakan bahawa kesukaran bekalan makanan akan berlaku kelak. Hal ini bukan kerana kurangnya makanan tetapi mungkin sumber makanan tidak dapat di salurkan atau sampai ke tangan masyarakat apabila keadaan memerlukan contohnya semasa berlakunya bencana.

Latar belakang:

·         Pada 19 Oktober 2005 Jemaah Menteri telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk 
       meluluskan Kempen Bumi Hijau
·         Tujuannya adalah untuk menggalakkan amalan bercucuk tanam bagi mengurangkan belanja 
       isi rumah dan meningkatkan ekonomi rakyat.
·         Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan program ini 
       di peringkat Kebangsaan pada 3 Mac 2006
·         Menggantikan program Buku Hijau yang telah berjaya menghasilkan petani dan peladang 
      yang berjaya dari pelbagai aspek sehingga mereka telah berjaya mengeluarkan tanaman yang berkualiti dan meningkatkan taraf hidup mereka.
·         Menerapkan budaya bertanam sumber makanan sendiri agar rakyat Malaysia dilengkapi 
      ilmu dan amalan hidup.
·         Meringankan beban perbelanjaan isi rumah malah dapat memperkasakan masyarakat 
      sekiranya berlaku bencana alam yang mungkin akan menyekat pengaliran sumber makanan.

Kekangan Melaksanakan Program Bumi Hijau

1.      Boleh berjaya dalam kalangan masyarakat luar Bandar namun bagi masyarakat Bandar ia    
      mungkin kurang berjaya kerana faktor kerjaya dan terdapat banyak rumah pangsapuri.
2.      Tempat yang terhad dan seringkali bencana alam dilaporkan berlaku di sekeliling seperti 
      ancaman pemanasan global dan kos sara hidup yang tinggi.

             Konsep Pelaksanaan

·   Terdiri 3 komponen iaitu tanaman (bercucuk tanam), ternakan dan akuakultur.
·   Amalan bercucuk tanam dijalankan dengan cara “kitchen garden’ atau ‘edible landscape” 
   yang bersesuaian dengan ruang yang sedia ada bagi setiap keluarga.
·  Konsep: pengeluaran hasil hanya untuk kegunaan keluarga sendiri
·  Jenis tanaman ialah sayur, buah-buahan, ulam, herba dan sebagainya dan berlaku secara 
   berterusan.
· Anak-anak pokok ditanam dalam bekas mudah alih seperti pasu, polibeg, di atas tanah kosong
   milik kerajaan, majlis negeri, rumah ibadat dan sebagainya.
·   Ternakan ialah seperti memelihara ayam kampung, ayam telur dan lain-lain untuk mendapatkan daging dan telur.
· Akuakultur melibatkan ternakan ikan keli dalam tangki kanvas, ternakan ikan talapia dalam 
  sangkar, dan pelepasan benih ikan dalam pengairan umum.

Terdapat 2 pendekatan dalam menjalankan Program Bumi Hijau ini

1. Individu/Keluarga
·         Penanaman secara individu/keluarga dilaksanakan dalam kawasan rumah mereka dan 
       bersesuaian dengan keadaan sekitar.
·         Kaedah ini sesuai dilaksanakan di kawasan rumah teres, pangsa dan pangsapuri. Untuk 
       memberikan hasil sekurang-kurangnya 40 individu perlu dalam sesuatu kawasan.



2. Komuniti
  • Penanaman komuniti boleh di laksanakan di kawasan lapang.
  • Diuruskan oleh satu badan pengurusan.
  • Menanam pelbagai jenis tanaman dengan mengambil kira kuantiti supaya cukup untuk penggunaan setiap keluarga.
  • Badan pengurusan perlu merancang untuk melaksanakan penanaman dan perlu mendapat kebenaran daripada pihak yang berkaitan.

Program bumi hijau ini amat efisien dan berguna kepada masyarakat. Oleh itu pengamalannya dalam kehidupan harian amat penting supaya kita dapat menjamin kesejahteraan hidup baik dari segi penjimatan kos hidup, persediaan di saat bencana berlaku dan tiada bantuan dan sebagainya. Program ini akan berhasil jika pelaksanaan dilakukan secara berterusan dan dipantau oleh pihak tertentu dari semasa ke semasa.


SUMBER:


  1. http://www.ppj.gov.my/portal/page?_pageid=311,1&_dad=portal&_schema=PORTAL#1498
  2. http://www.portal.doa.gov.my/labuan/index.php/program-jabatan/program-bumi-hijau.html
  3. http://bertanisatuibadah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=243:program-bumi-hijau&catid=94:program-projek-semasa&Itemid=139&lang=bm





Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda

No comments:

Post a Comment