Selamat Datang ke Laman Blog Suara Alam
Teknologi Untuk Alam Sekitar: Perbandingan Isi Kandungan Akhbar Utusan Malaysia dengan Suara Keadilan Mengenai Isu Marin iaitu Penubuhan Taman Tema Laut.

Wednesday 28 November 2012

Perbandingan Isi Kandungan Akhbar Utusan Malaysia dengan Suara Keadilan Mengenai Isu Marin iaitu Penubuhan Taman Tema Laut.


Definisi Taman Laut.

Taman laut merupakan satu kawasan perairan laut yang mana jarak daripada darat adalah sebanyak 2 batu nautika daripada paras laut. Taman laut wujud ekoran daripada kesedaran mengalami kekurangan sumber perikanan dari laut yang mana jumlah keluaran hasil laut mengalami penyusutan. Menyedari hakikat ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohammad telah mewujudkan taman tema laut di negara ini melalui Kementerian Pertanian (Jabatan Perikanan) pada tahun 1994. Menerusi penubuhan ini sebanyak 40 buah pulau di seluruh Malaysia berjaya digezetkan sebagai taman laut.

Selain daripada itu, tujuan penubuhan taman laut adalah untuk melindungi, memulihara dan menguruskan secara berterusan ekosistem marin terutamanya terumbu karang serta flora dan fauna yang ada di laut yang sememangnya memainkan peranan utama dalam kestabilan lautan secara menyeluruh. Hal ini demikian supaya ekosistem marin ini akan sentiasa terpelihara daripada gangguan dan kerosakan dan dapat diwarisi untuk generasi yang akan datang. Tujuan penubuhan taman laut juga adalah untuk memberi kefahaman kepada rakyat Malaysia tentang peri pentingnya penubuhan taman laut agar masyarakat bersama-sama melindungi, mengagumi dan menikmati keindahan khazanah negara.






Taman Laut Menyumbang Manfaat?

          Kewujudan taman laut, banyak memberi manfaat kepada kehidupan terutamanya manusia yang  mana dengan adanya hasil dari laut ia dapat memberikan sumber makan kepada manusia. Selain daripada itu kewujudan taman laut juga akan memberi sumber perikanan melalui program biodiversiti terhadap flora dan fauna dalam laut. Tambahan pula, kewujudan taman laut dapat memberi galakan kepada penyelidik untuk menjalankan kajian. Pada masa yang sama kewujudan taman laut juga dapat mengekalkan sumber lautan terutamanya batu karang yang mana menjadi asas kepada daya tarikan pengunjung bagi melawat kawasan taman laut sekali gus dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.


Pelaporan yang Dibuat oleh Media Mainstream.

Dalam akhbar Utusan Malaysia ada melaporkan tentang penubuhan taman laut. Penubuhan taman tema laut ini bertujuan untuk memulihara kepelbagaian habitat dan kehidupan laut. Hal ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada generasi yang akan datang. Pemeliharaan biodiversiti marin dilakukan pada tahun 1983 hasil daripada buah fikiran perdana menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Sebanyak 42 buah pulau telah diwartakan sebagai taman laut yang melibatkan kawasan perairan Kedah, Terengganu, Pahang, Johor dan wilayah persekutuan Labuan. Pewartaan taman laut ini bertujuan untuk mengekalkan keunikan habitat marin seperti terumbu karang, rumpai laut dan hutan bakau.

Pada tahun 2006, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan perlindungan marin di bawah penyelenggaraan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTKM) yang ditubuhkan pada tahun 2007. Selain itu juga, biodiversiti marin di kawasan taman laut akan terus terpelihara bagi menjana ekonomi terutamanya dalam sektor pelancongan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan melalui penyediaan peluang pekerjaan.

Pelaporan yang Dibuat Oleh Media Alternatif.

           Media alternatif  iaitu akhbar Suara Keadilan ada melaporkan mengenai bantahan nelayan yang tinggal di Labuan terhadap penubuhan taman laut. Seramai 200 orang nelayan dilaporkan telah membantah pewartaan taman laut yang melibatkan Pulau Kuraman, rusukan kecil dan rusukan besar. Hal ini kerana penubuhan taman laut tersebut akan menjejaskan kehidupan mereka yang mana meliputi keluasan seluas 10 km persegi. Di bawah akta taman tema laut, sebarang operasi penangkapan ikan tidak dibenarkan. Selain itu, penduduk mendakwa kebebasan mereka disekat dan hasil pendapatan bulanan mereka menurun daripada RM 3000 kepada RM 1000. 

             Selain itu juga nelayan di  kawasan itu turut berasa kecewa dengan menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kerana tidak membela nasib mereka. Menurut seorang ketua pemuda UMNO kawasan Labuan, beliau bertindak berhenti daripada aktif dalam parti akibat rasa tidak puas hati dengan sikap pemimpin UMNO yang mengambil sikap acuh tak acuh terhadap kebajikan mereka dan mendakwa kerajaan hanyalah mementingkan diri sendiri. Selain itu, ketua PKR labuh turut bersuara agar Akta Perikanan 1985 perlu diberi perhatian semula agar kebajikan rakyat terbela.


Sumber:










Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda

No comments:

Post a Comment