Apakah konsep kumbahan
najis khinzir?
Konsep bagi kumbahan najis khinzir adalah
dapat disimpulkan sebagai pembuangan najis khinzir. Najis-najis ini akan
disalurkan ke pantai yang di mana tempat berkelah untuk masyarakat.
Tujuan isu ini dikupas
untuk…
Untuk
mengetahui sejauh mana isu penternakan khinzir dapat mendatangkan keuntungan
kepada negara, sekali gus menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.
Penternakan khinzir ini telah di
jalankan Di Kampung Tumbuk, Kuala Langat, Selangor. Oleh hal yang demikian,
najis-najis khinzir ini dialirkan ke Pantai Morib tersebut. Pengaliran najis
khinzir ini akan menyebabkan air pantai tersebut menjadi kehitaman sekali gus
menyebabkan pencemaran air.
Dalam
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri
Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan
memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya
sudah menjadi tapak ladang babi utama di Selangor dan ia memenuhi piawai
kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.
Daripada beberapa sumber bahan buangan
atau kumbahan najis khinzir ini akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk
menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk
babi yang diternak. Justeru tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan
keluar dari kawasan ladang tersebut.
Ini mewujudkan
persoalan adakah sebenarnya…
Kumbahan najis khinzir ini akan mendatangkan
pencemaran air atau kumbahan ini dapat guna dengan cara teknologi iaitu dalam
bentuk biogas. Sekiranya ia dapat digunakan semula dalam bentuk
biogas, sejauh mana keberkesanan sistem teknologi biogas ini dalam mencegah
berlakunya pencemaran air?
Oleh hal yang
sedemikian, ramai masyarakat tidak berpuas hati dengan pembinaan ladang
penternakan khinzir ini. Walaupun masyarakat berhak bersuara tetapi suara
masyarakat tersebut tidak diambil kira dan tidak dipandang serius oleh pihak
yang bertanggungjawab terhadap isu ini.
Manfaat isu penternakan
khinzir
Manfaat
juga turut dijelaskan dalam isu penternakan khinzir seperti dapat memperoleh
keuntungan atau menjana ekonomi.
Kesan-kesannya
1. Mencemarkan
alam sekitar seperti pencemaran air akibat daripada pengaliran kumbahan najis
khinzir.
2. Mendatangkan penyakit bawaan. Sebagai contoh,
akan wujudnya virus H1N1. Ini sangat membahayakan kesihatan para penduduk yang
berada di kawasan itu.
Menerusi
blog-blog apa yang dapat dilihat adalah rakyat negeri Selangor seakan-akan
membantah projek ini kerana ia menyebabkan berlaku pencemaran air, manakala
menurut akhbar alternatif seperti Malaysia Kini, projek ini diteruskan selagi
ia tidak mencemarkan alam sekitar. Keputusan kerajaan negeri meluluskan projek
penternakan khinzir yang berskala besar perlu difikirkan semula kerana ia
sebenarnya tidak memberi manfaat kepada semua rakyat. Sebaliknya kelulusan
projek ternakan yang kononnya berteknologi Jerman itu hanya mengundang
kemarahan rakyat terutamanya di daerah Sepang majoritinya tidak mahu projek
itu dilaksanakan di kawasan mereka. Ini
kerana daerah berkenaan terdiri daripada kira-kira 86,000 penduduk majoriti
adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam.
Di sini wujudnya persoalan kenapa
Kerajaan Negeri Selangor seakan-akan memandang enteng terhadap suara dan pandangan
yang dikemukakan oleh rakyat negeri Selangor khususnya penduduk Kampung Tumbuk,
Kuala Langat.
Secara konklusi, penternakan khinzir
ini mungkin boleh mendatangkan keuntungan kepada negara, tetapi dalam masa yang
sama ia turut mengundang kepada pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air.
Peranan teknologi kini seperti media yang menyebarkan tentang isu penternakan
khinzir ini turut membantu masyarakat dalam mengetahuinya. Dengan itu,
masyarakat tidak akan tertanya-tanya kenapa isu ini terjadi disebabkan
tersebarnya berita di dada akhbar dan internet.
Sumber.
2. http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/08/05/pencemaran-kumbahan-khinzir-rekod-baru-
tercipta-di-selangor/
tercipta-di-selangor/
No comments:
Post a Comment