Konsep
Jerebu
Jerebu
merupakan satu keadaan di mana partikel-partikel terampai yang terdapat di
atmosfera bumi seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah yang berada di dalam
keadaan udara kering. Pada amnya, fenomena jerebu ini juga berlaku adalah
berpunca daripada pencemaran udara. Di Malaysia, tahap kualiti udara
ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU).
Bagaimana
Indeks Pencemaran Udara (IPU) dinilai?
Nilai
IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2,
CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambil
kira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan
habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain
dan ini menentukan bacaan IPU.
Walau
bagaimanapun, tidak semua tempat di Malaysia mengalami masalah jerebu dan hanya
kawasan-kawasan bandar sahaja yang mengalami masalah ini seperti di Kuala
Lumpur dan Pulau Pinang. IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana
(51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya
(lebih 301).
Punca-punca
Timbulnya Masalah Jerebu.
Mengapakah
Pulau Pinang sering dilanda masalah jerebu? Adakah ianya berpunca daripada
sikap manusia, aktiviti pengangkutan atau kegiatan perindustrian? Saya akan
kupas dengan lebih lanjut lagi di sini tentang masalah jerebu yang dihadapi
oleh negeri Pulau Pinang.
Keadaan jerebu di Georgetown
Mengapakah
jerebu boleh berlaku?
Seperti
yang kita semua tahu, Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan
sektor perindustrian. Oleh itu, tidak hairanlah apabila terlalu banyak kilang
yang dapat kita lihat di sekitar negeri ini. Betulkah seperti yang dikhabarkan
bahawa kilang-kilang ini merupakan penyebab berlakunya masalah jerebu?
Berdasarkan
artikel daripada akhbar harian Metro yang bertarikh 11 November 2012 (Ahad), jerebu
yang berlaku di Pulau Pinang adalah ekoran daripada aktiviti pembakaran
terbuka. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan
Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata, Pulau Pinang dilanda jerebu tahap
sederhana dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sekitar 69 hingga 84 hari
kejadian. Phee di dalam artikel ini juga berkata pihaknya juga akan melakukan
pemantauan dengan memastikan tiada pihak yang akan melakukan pembakaran terbuka
dan kilang industri tidak mengeluarkan asap berlebihan.
Selain
itu, kenderaan yang banyak di kawasan Pulau Pinang juga telah menjadi faktor yang
mendorong kepada terjadinya fenomena jerebu ini. Asap yang dikeluarkan oleh kenderaan telah menjadi faktor utama
meningkatnya bacaan IPU di kawasan Pulau Pinang. Selain dari faktor kenderaan,
asap yang dibebaskan oleh kilang-kilang di sekitar Pulau Pinang juga turut
sama-sama menjadi penyumbang besar terhadap masalah jerebu di sini.
Impak
Jerebu.
Apabila
jerebu melanda negeri Pulau Pinang, maka jumlah kedatangan pelancong yang
datang ke negeri ini akan berkurangan kerana keadaan ini akan mendatangkan
penyakit kepada pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Pinang. Oleh itu, ekonomi
juga akan terjejas apabila tidak ramai pelancong asing yang datang ke negeri
ini.
Di
samping itu, jarak penglihatan kita akan menjadi kabur apabila jerebu melanda
dengan teruk di sesebuah kawasan. Penglihatan yang terhad dan kabur juga boleh
mengundang pelbagai kemalangan ngeri tidak kiralah sama ada kemalangan di
darat, udara, mahupun air.
Keadaan jerebu di Jambatan Pulau Pinang
Peranan
Kerajaan
Terdapat
dua agensi pusat yang terlibat secara terus dengan hal-hal berkaitan jerebu
iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Tugas
JMM adalah untuk memonitor keadaan atmosfera berhubung dengan cuaca di samping
beberapa parameter yang berkaitan dengan kualiti udara ambien. Parameter cuaca
lain seperti ketampakan mengufuk, kelembapan bandingan dan halaju angin
merupakan petunjuk penting dalam memahami fenomena jerebu dan meramal kejadian
dan kehilangannya. Aktiviti pemonitoran dan penyelidikan yang dijalankan oleh
JMM merupakan sebahagian daripada usaha negara dalam mengawal dan mengurangkan
jerebu.
Kesimpulan
Secara
konklusinya, fenomena jerebu boleh dikurangkan dengan kerjasama dari semua
pihak termasuklah masyarakat setempat, kerajaan, dan badan-badan berkaitan.
Tanpa kerjasama dari semua sudah pastinya kita tidak akan dapat menangani
masalah jerebu ini.
Sumber
1)http://www.hmetro.com.my/articles/KeadaanjerebudiPulauPinangekoranaktivitipembakaranterbuka/Article
4)http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/272-jenis-bencana/1406-jerubu.html
No comments:
Post a Comment