MASALAH SISA PEPEJAL
Kepesatan dan kemajuan negara menuju
kepada urbanisasi tanpa sedar telah memberikan kesan kepada kehidupan iaitu
penghasilan sampah sarap domestik. Sampah sarap atau juga disebut sebagai sisa
pepejal merupakan suatu bahan atau
sumber yang tidak lagi digunakan kerana tidak mempunyai nilai ekonomi. Contoh
sisa pepejal seperti sisa makanan,
kertas kadbod,plastic, tekstil, kulit dan sebagainya.
Sisa pepejal
terkawal juga terbahagi kepada beberapa kategori:
>Sisa pepejal Isi rumah
>Sisa pepejal Awam
>Sisa pepejal Import
>Sisa pepejal Khas
>Sisa pepejal Komersial
>Sisa pepejal Pembinaan
>Sisa pepejal Institusi
>Sisa pepejal perindustrian
Di zaman purba pengurusan sisa pepejal adalah menggunakan cara yang sesuai dengan lokasi. kebudayaan, kepercayaan dan juga kemajuan teknologi yang ada pada masa itu. Namun pada penghujung abad pertengahan sistem pengurusan sisa pepejal tidak lagi dilaksanakan dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Di Malaysia kadar peningkatan sisa pepejal meningkat setiap tahun.
Masalah sisa pepejal ini memberikan impak kepada alam
sekitar, sosial dan juga kesihatan manusia. Tidak dinafikan pelbagai usaha
telah diambil dalam usaha mengurangkan kos penyelenggaran sisa pepejal ini.
Oleh itu, pada peringkat awal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) telah telah melancarkan “ Program Kitar Semula”.
Kempen telah dipilih untuk menjadi alat interaksi kepada masyarakat dalam emnyampaikan hasrat kerajaan ini. Kempen ini telah giat dipromosikan menggunakan teknologi komunikasi seperti pemaparan di televisyen, surat khabar, laman sosial jaringan internet dan tak kurang juga radio yang turut membuat kempen melalui
"Public service annoucement" di corong-corong radio.
Latar Belakang Program Kitar Semula
Program kitar semula telah
dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun
1993 lagi. Namun bagaimana pun program ini gagal dan tidak berjaya mencapai
matlamatnya. Namun pada 2 Disember 2000, program ini telah dilancarkan kembali
oleh KPKT dan pelbagai pihak turut terlibat dalam menjayakan program ini.
Antara pihak-pihak tersebut adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat
swasta, institusi pengajian tinggi, sekolah dan sebagainya. Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November pada
setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan.
KONSEP KTAR SEMULA: 3R (Reuse, Reduce, Recycle)
Proses kitar semula ialah suatu proses yang melibatkan usaha
memproses, mengumpul dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap
sebagai sampah. Bagi memastikan program
kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa
pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R (REUSE, REDUSE,RECYCLE) perlu
dilaksanakan dengan berkesan.
Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce
(Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan
Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan
sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan
masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal
daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.
1. Pengurangan: Memilih bahan yang
digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal
yang dihasilkan.
2. Penggunaan semula: Aktiviti
menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang
mana masih boleh
digunakan lagi.
3. Kitar semula: Memungut dan
mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
4. Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah
yang efektif dengan
memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, “pengurangan”
diikuti “penggunaan semula” dan
akhirnya “kitar semula”.
MENGAPA PERLU KITAR SEMULA
Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan
kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah
penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas
kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang dibuang oleh kita sendiri semakin
meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang
dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
- Peningkatan dalam
pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk
dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
- Peningkatan populasi bermakna
semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
- Pengeluaran produk berteknologi
dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang
tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
- Perubahan gaya hidup seperti makanan
segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan
seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.
BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI 3R?
1. Dari sudut
PENGURANGAN atau REDUCE.
Fikir Dulu
Sebelum Buang
Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk
tujuan lain. Jadi pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan
penggunaan.
Contohnya:
- Beli barangan secara pukal bagi
meminimumkan bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan.
- Beli bahan minuman seperti
kopi, gula, krimer dalam kuantiti yang banyak dan bancuh dalam bekas yang boleh
diguna semula.
- Guna napkin atau tuala meja
yang boleh digunakan semula bagi menggantikan tuala pakai buang.
- Apabila berpindah rumah, jual
barang yang tidak mahu digunakan lagi di pasar lambak.
- Minimumkan penggunaan kertas
dengan menggunakan kedua-dua belah halaman kertas apabila menggunakan mesin
fotokopi.
- Edarkan dokumen seperti laporan
atau memo dalam bentuk mel elektronik.
- Mengoptimumkan pembungkusan barangan
yang dibeli ke dalam beg plastik.
2. Dari
sudut PENGGUNAAN SEMULA atau REUSE.
Antara barang
yang boleh digunakan semula :
- Tin kopi dan bekas keju sebagai
bekas simpanan.
- Gunakan belakang kertas atau
belakang sampul surat sebagai catatan nota.
- Simpan lebihan makanan di dalam
bekas daripada menggunakan bungkusan kertas atau kertas aluminium.
- Gunakan pakaian lama sebagai
kain buruk untuk membersihkan kotoran daripada menggunakan kertas tisu.
- Adakan jualan garaj atau
mendermakan pakaian, buku atau anak patung yang tidak digunakan lagi.
Cara-cara untuk
menggunakan semula:
- Gunakan cawan kopi yang tahan
lama.
- Gunakan kain lampin atau tuala.
- Isian semula botol.
- Menderma majalah lama atau
peralatan lebihan.
- Guna semula kotak.
- Gunakan balang kosong untuk menyimpan
makanan.
- Membeli pen dan pensel isian
semula.
3. Dari
sudut KITAR SEMULA atau RECYCLE
Sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengitar semula, ianya akan
menjadi lebih mudah dan senang. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah
dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitar semula.
Kitar semula
mengikut jenis barang.
Banyak barang yang boleh dikitarkan semula contohnya kertas,
plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik,
bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitarkan semula tetapi masyarakat
kurang peka untuk memulakannya. Beli produk yang boleh dikitarkan semula jika
membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh
dikitarkan semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca. Beli produk yang
di buat daripada bahan kitar semula Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu
mesra pengguna daripada label produk tersebut. Elakkan dari membeli barangan
yang berbahaya Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitarkan
semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli
produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.
Tong kitar semula dan pusat pengumpulan kenal pasti lokasi tong
kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi
memudahkan penghantaran barangan kitar semula.
JENIS-JENIS TONG KITAR SEMULA
Terdapat 3 tong kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk
membuang sisa yang boleh dikitarkan semula. Tong-tong ini diwarnakan biru,
coklat, dan jingga bagi melambangkan kegunaan yang berbeza. Tong kitar semula
terdapat di dalam saiz 80liter, 120 liter, 240 liter, 360 liter dan 660 liter.
PROGRAM-PROGRAM KITAR SEMULA
Setiap tahun pelbagai aktiviti atau program dirancang dalam
memastikan kempen kitar semula ini terus berjalan. Pelbagai kempen yang
pelbagai telah dijalankan bagi mencapai misi dan matlamat kitar semula. Antara
program kempen kitar semula yang mendapat perhatian misalnya seperti kempen
“SAY NO TO PLASIC BAG” dan “KE ARAH BUMI HIJAU ATAU GO GREEN”. Namun bagaimanapun terdapat pelbagai lagi
program kitar semula yang dirancang oleh kerajaan mahupun swasta.
APA SUDAH JADI DENGAN KEMPEN KITAR SEMULA?
Selepas tahun 2005, boleh dikatakan tidak kedengaran lagi kempen
berterusan dan adakah kita boleh diklasifikasikan ia sebagai sebuah kempen yang
gagal? Kita boleh lihat pembinaan tempat pengumpulan bahan kitar semula
berselerak di merata negeri dan apa yang menyedihkan tempat berkenaan kini
terbiar malah menjadi tempat pengumpulan sampah sahaja. kempen berkenan yang
menelan belanja ratusan juta ringgit gagal menyedarkan rakyat serta gagal
dilaksanakan dengan baik.
Walaupun kempen itu sudah
sedekad berlalu dan kesedaran hampir 90
peratus di kalangan rakyat, matlamat masih jauh tersasar daripada matlamat yang
diletakkan kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Kempen “SAY TO PLASTIC BAG” juga menemui kegagalan,
masakan tidak penjualan beg plastic masih dilaksanakan. Bagaimana kempen
mengurangkan penggunaan beg plastik hendak berjaya sedangkan ia masih digunakan
seperti biasa? Malah kempen ini juga dikatakan gagal menarik masyarakat supaya
mengikut seruan kerajaan kerana kempen ini seolah-olah bagai melepaskan batuk
di tangga sahaja dalam mempromosikannya. Galakan pengguna menggunakan beg
sendiri dan tidak menggunakan plastik, tetapi plastik masih digunakan dalam
urusan jual beli bukannya menggunakan beg kertas. Tak bolehkah gantikan sahaja
beg plastik kepada beg kertas pada hari kempen dan kemudian secara perlahan –
lahan tukar penggunaan beg plastik kepada beg kertas secara total?. Itu sahaja
cara untuk mengajar rakyat Malaysia. Kalau hendak suruh rakyat membawa beg
mereka sendiri, percayalah berapa kerat
sahaja yang bawa, selebihnya sanggup membeli beg plastik itu dari terpaksa
membawa barang yang dibeli tanpa beg.
SIKAP MASYARAKAT SEBAB KEGAGALAN KEMPEN KITAR SEMULA
Sikap masyarakat dikatakan sebagai punca utama kegagalan kebanyakan
kempen yang dijalankan oleh kerajaan.
Malah dalam pelaporan berita di Utusan Online turut menyatakan akan perkara
ini. Di mana tajuk berita tersebut secara terang menyatakannya iaitu “Rakyat tak makan kempen” dalam pelaporan berita itu ada menyatakan
antara punca menyebabkan kegagalan kempen nasional itu ialah kurangnya tindak
balas daripada masyarakat, publisiti untuk menyedarkan orang ramai, permintaan
dalam pasaran barangan kitar semula, selain kelemahan kilang mengendalikan
produk sistem kitar semula. Tetapi seperkara yang menyerlah daripada penerimaan
kepada kempen-kempen sebelum ini ialah rakyat sememangnya tidak berminat dengan
kempen.
Oleh itu, kerajaan harus sedar,
apabila kempen yang dijalankan gagal, mereka sepatutnya mengubah cara mereka
berkempen atau menukarkan kempen mereka
kepada penguatkuasaan, sebagai contoh yang melibatkan anti merokok dan
keselamatan jalan raya. Ini sekurang – kurangnya dapat menyelamatkan jutaan
ringgit. Lagipun, apa gunanya terus membazirkan wang rakyat dengan membuat
kempen yang sama tapi gagal menyedarkan rakyat. Lagipun rakyat negara ini hanya
dapat disedarkan melalui teladan, bukannya kempen.
Jadi situasi ini dapat dikaitkan
dengan satu teori iaitu Teori Behaviourisme. Teori ini mengatakan bahawa setiap
rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah
laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah
apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran boleh
berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga
boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan
pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman
manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman
klasik (Ivov Pavlov). Jadi apa yang boleh dikaitkan dengan kegagalan dan teori
ini adalah. Masyarakat memerlukan galakkan dan rangsangan dalam meneruskan amalan
kitar semula ini. Jika kerajaan sendiri dilihat seolah-olah tidak bersemangat
dalam mempromosikannya bagaimanakah masyarakat itu sendiri bersedia untuk merubah
sikap mereka. Persoalannya di sini adakah kempen
SUMBER:
1. http://www.sisa.my/cmssite/content.php?cat=33&pageid=284&lang=bm
2. http://www.mpm.gov.my/recycle_program
3. http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/program-kitar-semula
4. http://peraktoday.com/wp/?p=32016
5. http://www.umno-online.my/?p=47752
6. http://greenportal.usm.my/article.php?aid=9787
7. http://penpasksgb.blogspot.com/2009/12/sikap-orang-ramai-sebabkan-kempen-kitar.html
8. http://eprints.uthm.edu.my/582/1/jtsv22010p6.pdf
9. http://www.murkiester.com/Blog/2010/05/kempen-kempen-kerajaan-yang-gagal.html
10. http://khairulabdullah.com/2012/01/sistem-kitar-semula-di-jerman/
11. http://catatandarideutschland.blogspot.com/2011/06/kitar-semula.html
12. http://hchs.edu.my/green/Kitar%20Semula.html
13. http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=606
14. http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=606
16.http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2005&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&p
g=re_05.htm#ixzz2DYbDAztK
17. © Utusan Melayu
(M) Bhd
Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda