Selamat Datang ke Laman Blog Suara Alam
Teknologi Untuk Alam Sekitar: Isu Pembinaan Empangan Penjanaan Kuasa Hidro Elektrik di Baram.

Tuesday 23 October 2012

Isu Pembinaan Empangan Penjanaan Kuasa Hidro Elektrik di Baram.

            Definisi Penyahhutanan.

Penyahhutanan bermaksud penebangan hutan secara besar-besaran. Aktiviti  penyahhutanan telah banyak dilakukan oleh manusia pada zaman ini untuk tujuan pembukaan kawasan ladang,  pembinaan kawasan penempatan, penenggelaman untuk projek hidro elektrik dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti tersebut secara tidak langsung telah merosakkan keseimbangan ekosistem hutan, habitat flora dan fauna telah terjejas dan hampir mengalami kepupusan serta kerosakan rantaian makanan dan sebagainya. Cuaca harian akan terjejas dan suhu bumi akan kian meningkat kerana perlepasan karbon dioksida yang banyak dan seterusnya menyebabkan berlakunya pemanasan global.


            Apakah isu yang ditimbulkan?

Salah satu isu yang amat ketara dapat kita lihat sekarang adalah isu pembinaan Empangan Baram di Sarawak. Pihak kerajaan telah bercadang untuk membina Empangan Baram dengan tujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan tersebut. Seperti yang telah diketahui, setiap kempen atau projek yang dijalankan mestilah mempunyai bottom line yang tersendiri. Dalam projek pembinaan Empangan Baram ini, bottom line tersebut adalah untuk mengubah kehidupan masyarakat di situ menjadi lebih baik daripada sekarang. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan berkata:  “Itu adalah apa yang kita mahu – untuk membasmi kemiskinan, mempunyai kemudahan yang lebih baik, bandar-bandar baru berkembang, sekolah baru sedang dibina, air dan bekalan elektrik, klinik dan saya rasa ini adalah apa yang kerajaan berfikir.” Datuk Jacob turut menyatakan bahawa empangan Baram yang dicadangkan adalah salah satu usaha untuk membasmi kadar kemiskinan yang tinggi terutamanya di Ulu Baram. Penduduk Baram akan ditempatkan semula di tempat lain dan kehidupan yang lebih baik telah dijanjikan oleh pihak berkuasa. Namun, adakah ia betul-betul dapat membasmi kadar kemiskinan penduduk di situ?

            Apakah fikiran orang tempatan?

Pengerusi JOAS (Jaringan Orang Asli Malaysia) Thomas Jalong telah menyatakan: “Untuk kita orang-orang asli, tanah nenek moyang kami adalah hubungan kepada generasi kita yang lalu, sekarang dan masa depan.” Bagi mereka, tanah bukan sahaja dianggap sebagai sumber ekonomi tetapi adalah asas kepada identiti sosial kita, budaya, kerohanian dan politik dan survival (kelangsungan hidup).




            Konflik berlaku…

Dalam isu pembangunan Empangan Baram ini, timbulnya konflik di mana pemimpin komuniti Orang Ulu, Temenggong Pahang Ding (Anyie) telah menyatakan kepada Borneo Post Online pada 18 Mei, 2012 bahawa mereka (penduduk Baram) telah mengubah fikiran mereka dan menyokong projek ini kerana melihat pembinaan Empangan Baram sebagai satu pemangkin untuk transformasi luar bandar dalam Baram. Namun, kemudiannya pada 10 Jun 2912, Dorus Katan Juman dari Long Tap, Hulu Baram telah membuat laporan polis terhadap Anyie atas perkara “berbohong dan mengelirukan orang ramai”. Juman telah menjelaskan bahawa penduduk Baram masih menentang sekeras-kerasnya terhadap empangan yang dicadangkan dan laporan dalam artikel tersebut adalah palsu.



Pembantahan masih berlaku…

Setakat ini, masyarakat Baram masih lagi membantah pembangunan empangan di Baram. Kira-kira 50 orang asli yang mewakili sekurang-kurangnya 18 rumah panjang dari Baram Atas dan Baram Tengah telah menyampaikan petisyen ribu tandatangan kepada Ketua Menteri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia pada 18 Sept 2012. Dalam isu ini, non-government organizations (NGO) seperti Baram Protection Action Committee (BPAC) dan SAVE Rivers Network telah membantu penduduk Baram untuk menyuarakan kebimbangan mereka dan cuba menyampaikan bantahan mereka kepada pihak berkuasa.



Wakil-wakil daripada 18 buah rumah panjang mengadakan demonstrasi aman di luar Wisma Bapa Malaysia, Kuching.



Peter Kallang Sungai Save dan Phillip Jau Jawatankuasa Tindakan Perlindungan Baram telah mengemukakan petisyen kepada Ketua Menteri Sarawak.



Apakah itu pembangunan?

Mengikut kamus dewan, pembangunan adalah suatu usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan) luar bandar. Melalui kes ini, kita dapat lihat bahawa “pembangunan” di Baram adalah eksploitasi yang amat besar dan menyeluruh. Pelbagai aktiviti perahan sumber semula jadi Baram telah dilakukan sebelum ini seperti pengorekan pasir, meluaskan ladang kelapa sawit dan sebagainya. Sekarang pula pembinaan empangan untuk penjanaan kuasa hidro-elektrik. Amerika Bangsa-Bangsa Pembangunan Program mentakrifkan “pembangunan” sebagai “tujuan asas pembangunan untuk mencipta cara agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang sihat dan kreatif untuk jangka panjang. Pembangunan adalah pembangunan insan, pembangunan yang melibatkan rakyat dalam pembangunan.” Sekiranya, “pembangunan” telah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar, kemusnahan ekologi dan mengakibatkan orang ke dalam kemiskinan, adakah itu masih merupakan “pembangunan” yang kita inginkan?

Dalam isu pembinaan Empangan Baram, kita semua perlu lihat dalam konteks yang lebih besar, kita boleh lihat bahawa ia telah melibatkan pelbagai isu, seperti isu politik, ekonomi, sosial dan budaya. Contohnya, Datuk Jacob pernah menyatakan bahawa NGO dan parti pembangkang telah memberi gambaran negatif terhadap projek yang dicadangkan walaupun ia hanya pada peringkat cadangan. Melalui isu ini, kita juga boleh mendapat tahu bahawa pembinaan Empangan Baram bukan hanya untuk tujuan memajukan kehidupan penduduk Baram, malah pada asalnya ia dirancang untuk menghasilkan elektrik dan menghantar 90% MW elektrik ke Semenanjung Malaysia melalui dasar laut, tetapi rancangan tersebut telah dibatalkan atas sebab tertentu. Kemudiannya, kerajaan negeri Sarawak masih mencari jalan untuk menjual tenaga elektrik yang berlebihan dan tidak beroperasi pada kapasiti penuh. Manakala pada tahap sosial dan budaya, penduduk Baram yang enggan berpindah ke tempat lain atas sebab bimbang tidak dapat menyesuaikan diri mereka dan juga menjejaskan identiti budaya.

Kesimpulannya, aktiviti penyahhutanan masih dijalankan pada masa ini untuk tujuan pembangunan dan pembinaan. Mungkin ramai orang yang tidak menyedari perbuatan tersebut dan tidak memberi perhatian kepadanya. Namun, kita dapat lihat bahawa kesedaran masyarakat terutamanya penduduk pedalaman terhadap aktiviti penyahhutanan sedang dibangkitkan dengan perlahan. Bumi ini dimiliki oleh kita. Oleh itu, kita perlulah memelihara dan memulihara alam sekitar demi generasi masa depan kita.

Sumber:
1.http://www.theborneopost.com/2012/08/03/proposed-baram-dam-to-benefit-people-in-the-area/
2. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/9/19/sarawak/12046152&sec=sarawak
3. http://www.internationalrivers.org/campaigns/bakun-dam
4. http://aliran.com/10209.html
5. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/30/sarawak/11201369
6.http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/19/new-twist-to-baram-dam-saga/
7. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/23/more-baram-natives-take-lying-govt-to-task/
8. http://www.nst.com.my/nation/general/sagan-heads-baram-hydro-project-s-consultative-panel-1.88658
9. http://www.stop-corruption-dams.org/campaign_update/?show=34
10.http://www.orientaldaily.com.my/index.php?option=com_k2&view=item&id=5231:&Itemid=201
11.http://www.orientaldaily.com.my/index.php?option=com_k2&view=item&id=3056:&Itemid=113
12. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/9/30/nation/20100930160423&sec=nation
13. http://www.theborneopost.com/2012/05/18/community-support-for-baram-dam/
14. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pembangunan



















 


Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda

5 comments:

  1. In the first place, why wasn't solar energy plant used instead of hydroelectric energy? Solar energy plant won't take as much destruction to ecosystem compared to hydroelectric energy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Well, actually both hydroelectric energy and solar energy plant are renewable energy source. But, ya, I agree with you that hydroelectric energy by building the dam is quite not environmentally friendly because it displace wildlife and people. And it depends, there are pros and cons of hydropower dams.
      For your question, why wasn't solar energy plant used instead of hydroelectric energy?
      Actually, from the view of reliable of both energy, we can see that hydropower has a steady supply of power, while solar power is an intermittent energy source with periods of time when the energy supply is interrupted.(Source: National Geographic)

      Delete
  2. kalau nak membangunkan Sarawak,tidak semestinya perlu membina empangan,kos pembinaannya juga tinggi dan merosakkan habitat-habitat haiwan di sana.
    Kerajaan juga boleh mengunakan sumber-sumber di sana untuk menjana peluang pekerjaan sebagai sumber pendapatan di sana supaya penduduk di sana mampu meneruskan kehidupannya.
    Empangan melibatkan tempat yang luas dan tidak semestinya membawa kebaikan kepada penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  3. Deforestation is one of the human activity that causes the greenhouse effect that threatens the living of our generation,our children and the children's children. We take the natural resources for granted without concerning much about the consequences, or some of us just pretend to not care due to the mindset that the negative effects are not imminent. But that's plain wrong:we wake up everyday,carry out our duties, live together in a community and interlink with other communities around the globe in a very close way and all of our activities have a collective effect on the Earth.
    Sometimes the power of an individual is under estimated but there is a message:We coexist with the Mother nature and the only way we stay harmony with Her is to cherish and maintain the sahelu between us.
    Be it dam building, cutting down trees for timber, mine extraction...
    "We do not betray the Nature, we betray ourselves."

    ReplyDelete