Selamat Datang ke Laman Blog Suara Alam
Teknologi Untuk Alam Sekitar: Isu Menara Telekomunikasi

Monday 15 October 2012

Isu Menara Telekomunikasi

Menara Telekomunikasi? 

Adakah anda pernah dengar mengenai ‘menara telekomunikasi’?

Pernahkah kita terfikir apakah tujuan menara telekomunikasi ini dibina? Berapa jenis menara yang wujud sekarang?

          Sebelum memahami apa itu menara, mari kita lihat jenis-jenis menara telekomunikasi yang ada. Terdapat beberapa jenis menara yang biasa dilihat seperti menara radio/televisyen dan menara telekomunikasi selular. Menara juga boleh diklasifikasikan mengikut lokasi dan reka bentuknya.

Dari sudut lokasi, menara terbahagi kepada dua jenis, iaitu :

  1. Rooftop : Menara yang dibina di atas bangunan.
  2. Greenfield : Menara yang dibina langsung di atas tanah.



Gambar "Rooftop Tower"


Gambar "Greenfield Tower"

Terdapat tiga jenis reka bentuk menara, iaitu :


  1. Rectangular : Menara berbentuk segi empat dengan mempunyai empat kaki.
  2. Triangle : Menara berbentuk segi tiga dengan tiga kaki.
  3. Pole : Menara yang mempunyai tiang pancang dengan satu kaki.


Gambar Menara "Rectangular"

        Menara telekomunikasi menempatkan ‘transmitter antenna signal’ untuk jaringan akses bagi memberikan perkhidmatan kepada pengguna di sekitar menara tersebut. Selain itu, menara ini turut berfungsi  sebagai jaringan perhubungan menggunakan gelombang mikro (transmitter antenna signal transmission) yang menghubungkan penggunaan di kawasan tersebut dengan pusat (BSC).
              
             Menara ini dibina dengan ketinggian tertentu bagi membolehkan antena-antena  yang dipasang dapat memancar dan menerima  isyarat dengan lebih mudah.
             
            Sekarang sudah mendapat gambaran mengenai menara telekomunikasi bukan? Sebenarnya bahagian yang terpenting bukanlah terletak pada struktur menara yang kukuh, tetapi terletak pada antena yang dipasang pada menara tersebut. Hal ini kerana, fungsi utama menara ini adalah untuk meletakkan antena mengikut ketinggian yang diperlukan. Antara jenis-jenis menara ialah :

Lattice Tower
Menara ini dikenali sebagai SST (self-support tower). Ia merupakan sebuah menara konvensional yang terdiri daripada rangka menara yang dirancang dengan konsep binaan yang kukuh, kuat terhadap tekanan angin dan pemilihan lokasi menara ini didirikan. Menara ini memiliki 4 kaki (rectangular) atau 3 kaki (triangle) dengan menggunakan ‘steel pipe elbow’. Menara ini lazimnya berketinggian sekitar 30m sehingga 120m. Sebagai contoh, SST 42m adalah ‘lattice tower’ yang memiliki ketinggian 42. Menara ini dibina di atas tanah (greenfield).

Mini Tower
Mini Tower (MT) mempunyai ciri-ciri menara yang serupa dengan SST iaitu memiliki 4 kaki (rectangular) dan 3 kaki (triangular) dengan menggunakan ‘steel pipe elbow’ tetapi terdapat perbezaan pada menara ini iaitu MT memiliki ketinggian yang lebih rendah berbanding SST iaitu sekitar 15m hingga 30m. Kebiasaannya menara ini dibina di atas bangunan (rooftop).



Gambar MT "Monopole"

Merupakan menara yang bertiang pancang tunggal atau memiliki satu kaki sahaja. Monopole biasanya di bina di atas tanah (greenfield) yang memiliki ketinggian kurang dari 30m.



Gambar Monopole

Rooftop Pole.
Menara jenis ini tidak banyak bezanya dengan monopole, ia merupakan menara yang mempunyai tiang pancang tunggal. Menara ini hanya memiliki satu kaki sahaja. Lazimnya menara ini ditempatkan di atas bangunan (rooftop). Menara ini lebih dikenali sebagai antenna yang berketinggian sebanyak 3m hingga 15m.



Gambar Rooftop Pole


Guyed Mast
Menara yang kelihatan seperti tiang pancang tunggal ini sering dikaitkan dengan tali-tali keluli yang dipasakkan pada menara sehingga ke tanah dengan jarak ±0.5 m dari menara dan ±240˚. Menara ini mempunyai ketinggian sekitar 50 m hingga 70 m. Menara ini biasanya digunakan sebagai pemancar radio.



Gambar Guyed Mast

Camouflage Tower.
Menara ini tidak jauh berbeza dengan menara yang lain. Namun begitu, menara ini menggunakan material tertentu untuk menyamarkan peranti. Bentuk menara ini mempunyai nilai estetik yang kelihatan sedap mata memandang. Secara kasarnya ia tidak kelihatan seperti menara atau antenna kerana lokasi menara tersebut didirikan bersesuaian dengan lokasi tersebut.



Gambar Camouflage Tower


Selain menggunakan menara telekomunikasi sebagai alat untuk menempatkan antenna pemancar signal, ianya turut ditempatkan di tempat-tempat berikut :

  1. Pusat membeli belah.
  2. Menara masjid/pusat beribadat.
  3. Billboard.


Apa itu Radiasi?


         Pelbagai perkara bermain di minda tatkala menyentuh mengenai radiasi. Kita seakan-akan fobia dengan radiasi kerana terbayang nuclear, bom atom, kecacatan dan pencemaran. Sebenarnya radiasi wujud sebelum bom atom dicipta malah lebih lama sebelum munculnya petroleum, satelit dan telefon.
Dari mana radiasi ini muncul?
          
            Secara asasnya, sumber radiasi ini boleh dikelaskan kepada dua sumber iaitu semula jadi dan buatan manusia. Antara radiasi semula jadi ialah dari angkasa lepas, permukaan bumi dan tubuh badan manusia. Semua kehidupan di muka bumi sudah lama terdedah kepada radiasi angkasa lepas. Sebagai contoh, matahari membentuk Gama dan Beta apabila partikel sinarannya melalui atmosfera bumi. Kekuatan radiasi ini bergantung kepada kekuatan magnetic bumi dan kedudukan geografi.
        Terdapat pelbagai jenis peralatan yang memberi pendedahan radiasi terus kepada peralatan dan persekitaran antaranya rokok, computer, radio dan telefon bimbit. Radiasi ini lebih berbahaya berbanding radiasi daripada menara telekomunikasi. Oleh itu, radiasi dari menara tidak memberi kesan yang besar kepada manusia.



           Menurut kajian yang telah dijalankan di beberapa buah negara, kesan penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang berbahaya. Sebagai contoh, kajian yang telah dijalankan di Sweden mendapati penggunaan telefon bimbit boleh meningkatkan risiko tumor otak yang hampir dua setengah kali ganda. Kanak-kanak yang mempunyai tengkorak yang nipis dan berotak kecil lebih berisiko. Kesannya, pendedahan radiasi daripada telefon bimbit yang berlebihan akan memberikan kesan kepada kesihatan pengguna. 

          Oleh itu, sesetengah pihak berpendapat radiasi daripada menara telekomunikasi lebih berbahaya daripada radiasi telefon bimbit adalah tidak benar. Oleh sebab itu, menara telekomunikasi perlu dibina dengan lebih banyak bagi memudahkan perhubungan komunikasi sejajar arus perkembangan teknologi pada masa ini. Masyarakat perlu memandang positif terhadap kelebihan menara telekomunikasi agar dapat menikmati kemudahan teknologi dengan lebih mudah dan efisien. Masyarakat juga perlu mengikis sikap prejudis mereka terhadap keburukan menara telekomunikasi. Hal ini kerana tanpa menara telekomunikasi, mustahil kita dapat mengakses internet dengan pelbagai talian seperti 3G dan 4G dengan lebih pantas yang mampu menghubungkan kita di mana saja kita berada.

           Kadar kebergantungan yang tinggi terhadap teknologi komunikasi turut memaksa menara-menara ini dibina dengan lebih banyak. lambakan gajet seperti tab, telefon pintar, perhidmatan jalur lebar tanpa wayar, broadband dan sebagainya menunjukkan bahawa menara telekomunikasi diperlukan bagi memastikan kita mengikuti arus teknologi yang semakin berkembang di dunia.

            Penilaian terhadap kadar pancaran radiasi perlu dilihat semula agar tiada pihak yang boleh disalahkan akibat daripada pengurangan bilangan menara telekomunikasi. Oleh sebab kurang pendedahan terhadap kesan radiasi, masyarakat tidak mengambil berat terhadap kemerosotan kadar kesihatan yang mungkin disebabkan oleh kesan radiasi daripada gajet yang telah digunakan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan dalam memberikan maklumat kepada masyarakat. Jadi, sampai bila salah faham ini akan berlarutan?

          Belakangan ini, banyak menara telekomunikasi yang dibina. Pihak kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi berusaha keras untuk menyediakan keperluan (menara telekomunikasi) dan kebanyakan Bandar perlu mengehadkan bilangan tersebut. Masyarakat sering berfikir bahawa bilangan menara yang terdapat kini adalah mencukupi, tetapi sebenarnya tidak. Bilangan menara bertambah seiring dengan teknologi komunikasi yang semakin berkembang pesat.

             Menara telekomunikasi tidak hanya menghantar isyarat ataupun frekuensi untuk penggunaan telefon sahaja. Masyarakat kini boleh menikmati segalanya di hujung jari dengan wujudnya internet. Walau bagaimanapun, servis perkhidmatan yang berasaskan telefon seperti panggilan dan SMS tidak memerlukan frekuensi yang tinggi berbanding servis perkhidmatan dalam talian (online). Syarikat-syarikat telekomunikasi berlumba-lumba untuk menyediakan pakej perkhidmatan internet yang lebih pantas dan cepat. Ekoran itu, mereka memerlukan frekuensi dan ‘bandwith’ yang lebih untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih pantas untuk mengatasi dial-up modem. Penambahbaikan ini akan menyebabkan permintaan yang lebih besar terhadap internet serta memerlukan menara telekomunikasi yang lebih banyak.


Radiasi Memudaratkan Masyarakat Setempat.

Namun begitu, terdapat beberapa kebimbangan yang disuarakan masyarakat kepada kerajaan tempatan.


  1. Masalah Kesihatan

          Walaupun syarikat telekomunikasi perlu merujuk dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum mendirikan sesuatu menara telekomunikasi untuk mendapatkan aspek keselamatan terutama dari segi kesihatan, masalah kesihatan tetap akan timbul. Hal ini kerana setiap menara telekomunikasi akan memancarkan gelombang mikro. Pendedahan yang terlalu lama atau berlebihan terhadap gelombang ini akan meninggalkan kesan radiasi tertentu pada tubuh manusia. Menurut kajian yang dijalankan di India, terdapat pelbagai kesan sampingan dalam tempoh masa yang lama.


          The Blood Brain Barrier


Penyerapan radiasielektromagnetik dari telefon bimbit berdasarkan umur


(Frekuensi GSM 900 MHz)


          2.    Kesedaran estetik mengenai menara dan landskap.

          Kehadiran menara telekomunikasi dilihat sebagai salah satu faktor yang mencacatkan landskap dan alam sekitar. Kewujudan menara boleh mengurangkan nilai tanah ataupun harta kawasan sekitar kerana dianggap mencacatkan pemandangan. Isu ini pernah dibangkitkan dan dikenali sebagai Not-In-My-Backyard. Namun begitu, isu ini boleh dikurangkan ataupun dielakkan melalui garis panduan yang telah disediakan oleh pihak berwajib. Dalam masa yang sama, masyarakat perlu sedar bahawa kadar kebergantungan yang tinggi terhadap teknologi masa kini turut memaksa menara-menara tersebut di bina di lokasi tertentu bagi memenuhi tahap penggunaan harian.

            Sebenarnya, tanpa disedari pembinaan menara telekomunikasi telah memusnahkan habitat burung dan haiwan semula jadi. Dianggarkan 6.8 billion burung kehilangan habitat ekoran pembinaan ini.

                                                                                                                                        

Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda

13 comments:

  1. Aduan apakah perlu dibuat menyebabkan pencemaran dan keosakan tanaman daripada kebocoran minyak dari menara telekomunikasi

    ReplyDelete
  2. Kalau bekalan elektrik terputus (mati karen), adakah line telefon/internet utk pencawang itu pun x ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya setiap pencawang ade pasang backup battery dan akan active bila bekalan electric terputus

      Delete
  3. Kalau tiang telefon atau tiang signal berdekatan dengan rumah,adakah memberi kesan kesan kepada tubuh manusia.

    ReplyDelete
  4. Salam, bagi saya menara pemancar telekomunikasi sebenarnya upkan value tanah. semua tnh yg ade menara telco harganya naik, xde yg trun..

    ReplyDelete
  5. salam, apakah jarak yang sepatutnya menara dari rumah kediaman awam. Kepada agensi mana yang boleh kita membuat aduan sekiranya mempunyai masalah dgn pencawang yang didirikan?

    ReplyDelete
  6. Boleh saya tahu.adakah satu pencawang tu di bina oleh 1 telco? Bolehkah ia dikongsi bersama telco lain?

    ReplyDelete
  7. Berapa meter jarak yang di benarkan untuk mendirikan masjid dekat menara telekomunikasi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang banyak kawasan surau di taman di pasang menara telco, termasuk taman perumahan sy tinggal. Risau kita dari segi kesihatan akibat radiasinya.

      Delete
  8. Bagi pembinaan tower di luar bandar,adakah tempat ia didirikan diambil kira

    ReplyDelete
  9. Di kawasan rumah saya sekitar 200 meter terdapat 60 rumah kelamin, terkini diberitakan dengan bukti laporan kesihatan menunjukkan 10 orang dari jumlah isi rumah kelamin kawasan setempat telah mengalami pelbagai jenis penyakit barah dari jumlah itu ada yang telah meninggal dunia. Persoalannya adakah kematian akibat penyakit barah ini berpunca dari pencawang telekomunikasi yang didirikan berhampiran di kawasan tempat tinggal kami. jika benar inilah puncanya adakah pihak sumber alam sekitar mengambil peranan dan seterusnya membuat kajian dan analisis tahap kekuatan radiasi yang terbebas di kawasan kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barah adalah penyakit normal manusia. Kena tgk dulu barah apa dan umur pesakit. Kalau barah paru2 dari pesakit yg merokok maka punca bukan dari pencawang. Kalau barah usus dari pesakit umur 60an maka ianya adalah normal. Begitu juga barah payudara dari wanita berumur 40an. Zaman sekarang ni penyakit barah byk berpunca dari hp kita sendiri apabila terlalu lama melihat screen boleh memberi stress pada badan

      Delete
  10. Bagaimana untuk membuat aduan tentang kewujudan pencawang berdekatan rumah?

    ReplyDelete