Penyahhutanan bermaksud penebangan hutan
secara besar-besaran. Aktiviti penyahhutanan
telah banyak dilakukan oleh manusia pada zaman ini untuk tujuan pembukaan
kawasan ladang, pembinaan kawasan penempatan,
penenggelaman untuk projek hidro elektrik dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti
tersebut secara tidak langsung telah merosakkan keseimbangan ekosistem hutan,
habitat flora dan fauna telah terjejas dan hampir mengalami kepupusan serta
kerosakan rantaian makanan dan sebagainya. Cuaca harian akan terjejas dan suhu
bumi akan kian meningkat kerana perlepasan karbon dioksida yang banyak dan seterusnya
menyebabkan berlakunya pemanasan global.
Apakah isu yang
ditimbulkan?
Salah satu isu yang amat ketara dapat kita
lihat sekarang adalah isu pembinaan Empangan Baram di Sarawak. Pihak kerajaan
telah bercadang untuk membina Empangan Baram dengan tujuan untuk meningkatkan
taraf hidup rakyat di kawasan tersebut. Seperti yang telah diketahui, setiap kempen
atau projek yang dijalankan mestilah mempunyai bottom line yang tersendiri. Dalam projek pembinaan Empangan Baram
ini, bottom line tersebut adalah
untuk mengubah kehidupan masyarakat di situ menjadi lebih baik daripada
sekarang. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob
Dungau Sagan berkata: “Itu adalah apa
yang kita mahu – untuk membasmi kemiskinan, mempunyai kemudahan yang lebih
baik, bandar-bandar baru berkembang, sekolah baru sedang dibina, air dan
bekalan elektrik, klinik dan saya rasa ini adalah apa yang kerajaan berfikir.”
Datuk Jacob turut menyatakan bahawa empangan Baram yang dicadangkan adalah
salah satu usaha untuk membasmi kadar kemiskinan yang tinggi terutamanya di Ulu
Baram. Penduduk Baram akan ditempatkan semula di tempat lain dan kehidupan yang
lebih baik telah dijanjikan oleh pihak berkuasa. Namun, adakah ia betul-betul
dapat membasmi kadar kemiskinan penduduk di situ?
Apakah fikiran orang
tempatan?
Pengerusi JOAS (Jaringan Orang Asli
Malaysia) Thomas Jalong telah menyatakan: “Untuk kita orang-orang asli, tanah
nenek moyang kami adalah hubungan kepada generasi kita yang lalu, sekarang dan
masa depan.” Bagi mereka, tanah bukan sahaja dianggap sebagai sumber ekonomi
tetapi adalah asas kepada identiti sosial kita, budaya, kerohanian dan politik
dan survival (kelangsungan hidup).
Konflik berlaku…
Dalam isu pembangunan Empangan Baram ini,
timbulnya konflik di mana pemimpin komuniti Orang Ulu, Temenggong Pahang Ding (Anyie)
telah menyatakan kepada Borneo Post Online pada 18 Mei, 2012 bahawa mereka
(penduduk Baram) telah mengubah fikiran mereka dan menyokong projek ini kerana
melihat pembinaan Empangan Baram sebagai satu pemangkin untuk transformasi luar
bandar dalam Baram. Namun, kemudiannya pada 10 Jun 2912, Dorus Katan Juman dari
Long Tap, Hulu Baram telah membuat laporan polis terhadap Anyie atas perkara
“berbohong dan mengelirukan orang ramai”. Juman telah menjelaskan bahawa
penduduk Baram masih menentang sekeras-kerasnya terhadap empangan yang
dicadangkan dan laporan dalam artikel tersebut adalah palsu.
Pembantahan masih berlaku…
Setakat ini, masyarakat Baram masih lagi membantah pembangunan empangan
di Baram. Kira-kira 50 orang asli yang mewakili sekurang-kurangnya 18 rumah
panjang dari Baram Atas dan Baram Tengah telah menyampaikan petisyen ribu
tandatangan kepada Ketua Menteri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia pada 18 Sept
2012. Dalam isu ini, non-government organizations (NGO) seperti Baram
Protection Action Committee (BPAC) dan SAVE Rivers Network telah membantu
penduduk Baram untuk menyuarakan kebimbangan mereka dan cuba menyampaikan
bantahan mereka kepada pihak berkuasa.
Wakil-wakil
daripada 18 buah rumah panjang mengadakan demonstrasi aman di luar Wisma Bapa
Malaysia, Kuching.
Peter
Kallang Sungai Save dan Phillip Jau Jawatankuasa Tindakan Perlindungan Baram
telah mengemukakan petisyen kepada Ketua Menteri Sarawak.
Apakah itu pembangunan?
Mengikut kamus dewan, pembangunan adalah suatu
usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan) luar bandar.
Melalui kes ini, kita dapat lihat bahawa “pembangunan” di Baram adalah
eksploitasi yang amat besar dan menyeluruh. Pelbagai aktiviti perahan sumber
semula jadi Baram telah dilakukan sebelum ini seperti pengorekan pasir,
meluaskan ladang kelapa sawit dan sebagainya. Sekarang pula pembinaan empangan
untuk penjanaan kuasa hidro-elektrik. Amerika Bangsa-Bangsa Pembangunan Program
mentakrifkan “pembangunan” sebagai “tujuan asas pembangunan untuk mencipta cara
agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang sihat dan kreatif untuk jangka
panjang. Pembangunan adalah pembangunan insan, pembangunan yang melibatkan
rakyat dalam pembangunan.” Sekiranya, “pembangunan” telah menyebabkan
berlakunya pencemaran alam sekitar, kemusnahan ekologi dan mengakibatkan orang
ke dalam kemiskinan, adakah itu masih merupakan “pembangunan” yang kita
inginkan?
Dalam isu pembinaan Empangan Baram, kita
semua perlu lihat dalam konteks yang lebih besar, kita boleh lihat bahawa ia
telah melibatkan pelbagai isu, seperti isu politik, ekonomi, sosial dan budaya.
Contohnya, Datuk Jacob pernah menyatakan bahawa NGO dan parti pembangkang telah
memberi gambaran negatif terhadap projek yang dicadangkan walaupun ia hanya
pada peringkat cadangan. Melalui isu ini, kita juga boleh mendapat tahu bahawa
pembinaan Empangan Baram bukan hanya untuk tujuan memajukan kehidupan penduduk
Baram, malah pada asalnya ia dirancang untuk menghasilkan elektrik dan
menghantar 90% MW elektrik ke Semenanjung Malaysia melalui dasar laut, tetapi
rancangan tersebut telah dibatalkan atas sebab tertentu. Kemudiannya, kerajaan
negeri Sarawak masih mencari jalan untuk menjual tenaga elektrik yang berlebihan
dan tidak beroperasi pada kapasiti penuh. Manakala pada tahap sosial dan
budaya, penduduk Baram yang enggan berpindah ke tempat lain atas sebab bimbang
tidak dapat menyesuaikan diri mereka dan juga menjejaskan identiti budaya.
Kesimpulannya, aktiviti penyahhutanan
masih dijalankan pada masa ini untuk tujuan pembangunan dan pembinaan. Mungkin
ramai orang yang tidak menyedari perbuatan tersebut dan tidak memberi perhatian
kepadanya. Namun, kita dapat lihat bahawa kesedaran masyarakat terutamanya
penduduk pedalaman terhadap aktiviti penyahhutanan sedang dibangkitkan dengan
perlahan. Bumi ini dimiliki oleh kita. Oleh itu, kita perlulah memelihara dan
memulihara alam sekitar demi generasi masa depan kita.
Sumber:
1.http://www.theborneopost.com/2012/08/03/proposed-baram-dam-to-benefit-people-in-the-area/
2. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/9/19/sarawak/12046152&sec=sarawak
3. http://www.internationalrivers.org/campaigns/bakun-dam
4. http://aliran.com/10209.html
5. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/30/sarawak/11201369
6.http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/19/new-twist-to-baram-dam-saga/
7. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/23/more-baram-natives-take-lying-govt-to-task/
8. http://www.nst.com.my/nation/general/sagan-heads-baram-hydro-project-s-consultative-panel-1.88658
9. http://www.stop-corruption-dams.org/campaign_update/?show=34
10.http://www.orientaldaily.com.my/index.php?option=com_k2&view=item&id=5231:&Itemid=201
11.http://www.orientaldaily.com.my/index.php?option=com_k2&view=item&id=3056:&Itemid=113
12. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/9/30/nation/20100930160423&sec=nation
13. http://www.theborneopost.com/2012/05/18/community-support-for-baram-dam/
14. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pembangunan
Sumber:
1.http://www.theborneopost.com/2012/08/03/proposed-baram-dam-to-benefit-people-in-the-area/
4. http://aliran.com/10209.html
5. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/30/sarawak/11201369
6.http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/19/new-twist-to-baram-dam-saga/
7. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/23/more-baram-natives-take-lying-govt-to-task/
8. http://www.nst.com.my/nation/general/sagan-heads-baram-hydro-project-s-consultative-panel-1.88658
9. http://www.stop-corruption-dams.org/campaign_update/?show=34
10.http://www.orientaldaily.com.my/index.php?option=com_k2&view=item&id=5231:&Itemid=201
11.http://www.orientaldaily.com.my/index.php?option=com_k2&view=item&id=3056:&Itemid=113
12. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/9/30/nation/20100930160423&sec=nation
13. http://www.theborneopost.com/2012/05/18/community-support-for-baram-dam/
14. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pembangunan